in

MODENAS Perkenal E-Kad Keahlian Baru, Tawar Pelbagai Ganjaran & Faedah Menarik

Ekeahlian Modenas

Syarikat pengeluar motorsikal tempatan, MODENAS atau Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. baru-baru ini telah memperkenalkan e-kad keahlian baharu yang direka khusus untuk memberikan tawaran serta pelbagai faedah bagi memenuhi keperluan gaya hidup para pelanggan hari ini.

Difahamkan, setiap ahli baharu yang mendaftar bakal menikmati pelbagai faedah dengan hanya membuat pendaftaran dan membayar caj sebanyak RM60. Selain itu, caj bagi pembaharuan keahlian pula adalah sebanyak RM40 setahun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan berkata program keahlian yang menawarkan pelbagai faedah menarik ini diharapkan bakal menarik minat seramai 1,000 ahli baharu dalam suku kedua tahun ini.

274753898 10158640736467224 4977062065072312003 N

Antara faedah yang bakal dinikmati oleh setiap ahli baharu termasuklah :

  • E-baucar pembelian alat ganti tulen sehingga RM15 yang boleh ditebus di eShop
    MODENAS.
  • Diskaun pembelian alat ganti tulen sehingga 15% di setiap Pusat Servis milik MODENAS.
  • E-baucar bernilai RM10 jika anda berjaya membawa rakan anda mendaftar sebagai ahli
    baharu, Kelab Keahlian MODENAS yang boleh ditebus di eShop MODENAS.
  • Diskaun e-baucar khas pada hari kelahiran.
  • Percuma bantuan tundaan 24 jam untuk kerosakan di jalan raya dalam lingkungan 100km
    radius pergi balik dari pusat wakil servis MODENAS berdekatan. (sehingga 4 kali bantuan /
    setahun)

Selain itu, bagi 80 ahli terawal memperbaharui keahlian, mereka akan berpeluang untuk mendapatkan baucer ais krim Baskin Robbins bernilai RM34 manakala 225 pembaharuan seterusnya akan menerima baucar Single Jr. Scoop bernilai RM8.

Ahli yang sedia ada kini boleh memperbaharui atau memohon e-kad mereka dengan kandungan format baharu yang lebih mudah berbanding kad lama di mana-mana Pusat Servis MODENAS seluruh negara.

Selain itu, pembaharuan juga boleh didaftarkan secara atas talian di laman sesawang www.modenas.my. Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Careline MODENAS di 1-800-880-181 atau WhatsApp di 019-5708135.

Sumber: Facebook