in

Model Ukraine Luah Susah Cari Jodoh, Hanya Cashier KFC Yang Masih ‘Solo’ Di Sana

cats 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pernah tular satu kajian yang menunjukkan masih ramai wanita berumur 30 tahun dan ke atas yang masih bujang di Malaysia.

Banyak faktor yang mendorong kepada situasi ini, antaranya adalah sesetengah wanita lebih memilih untuk fokus kepada kerjaya dan impian diri sendiri. Ada juga yang sukar untuk mencari lelaki yang layak untuk dijadikan suami.


Ukraine pun menghadapi situasi yang sama?

Seorang model di Ukraine, Kateryna Bilyk, tular dan mendapat perhatian ramai apabila dia memuat naik satu video berkenaan dirinya yang masih bujang dan belum bertemu jodoh meskipun sudah berusia 26 tahun.

3 16

Jelas pemenang Miss Princess Ukraine 2020 dan Miss Supermodel Globe — Ukraine 2022 itu, dia sudah 2 tahun menyepi dan tidak menemui jodoh yang sesuai. Kateryna turut sering menasihati dirinya agar tidak berputus asa dalam mencari jodoh.

“Saya cuba untuk tidak menjadi sedih dan berputus asa”, tulis wanita itu.

Kahwin dengan cashier KFC adalah untung

Mungkin terlalu sukar untuk mencari pasangan yang ideal, wanita ini mendedahkan situasi di Ukraine adalah tidak sama seperti negara lain.

Untuk menggambarkan kesukaran menjadi jodoh di sana, Kateryna berkata meskipun seseorang itu cantik dan merupakan model ternama, wanita itu dikira bernasib baik jika dia berkahwin dengan seorang pekerja KFC pada usia 26 tahun.

1 20

@

♬ –

Warganet mahu pindah ke Ukraine

Video ini ternyata tular dan mendapat perhatian ramai warganet. Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet sukar untuk mempercayai wanita secantik Kateryna sukar untuk mencari pasangan hidup.

Ada juga yang berkata mungkin wanita ini mempunyai kriteria pasangan hidup yang terlalu tinggi, sehingga tiada lelaki yang sesuai buat dirinya. Beberapa individu pula mempersoalkan mengapa wanita ini menggunakan gambaran pekerja KFC sebagai contoh dan bertanya apa kurangnya mereka di matanya.

“Apa kurangnya cashier KFC?”, soal seorang individu.

Ada juga beberapa individu yang berseloroh mahu berpindah ke Ukraine untuk mencari jodoh memandangkan Kateryna mendakwa dia sukar untuk mencari pasangan hidup di sana.

BACA: Padah Persenda Logo KFC & Kim Jong Un, Pemain Ini Kena Banned Main Game 8000 Tahun!

Capture 1 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.