in

Misteri Mayat Lelaki 40-an Ditemui Dalam But Kereta, 4 Warga Asing Ditahan

Mayat Dalam But

Tular di media sosial sejak semalam, terdapat penemuan mayat dalam sebuah but kereta di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam.

Menurut sumber Facebook yang tular, difahamkan adik kepada mangsa ada membuat laporan polis kerana kehilangan abangnya, dia juga meminta bantuan orang ramai bagi menguar-uarkan perkara tersebut.

Kebetulan, adiknya itu tahu mangsa ada projek di kawasan Kampung Jalan Kebun itu dan terjumpa kereta abangnya itu.

Ketika membuka kereta tersebut, bau busuk dapat dihidu dan dia terkejut apabila ada bungkusan berisi mayat abangnya yang diletakkan di dalam but kereta itu.

Cats 12

Menurut sumber, penduduk setempat mendakwa mangsa dipercayai seorang warga asing tinggal di Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor dan dia dikatakan keluar dari rumahnya untuk mendapatkan gaji daripada majikannya.

Terbaru, dalam tweet oleh @RedzuanNewsMPB melaporkan 4 warga Indonesia (1 perempuan 3 lelaki) telah ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Difahamkan, kereta tersebut sudah tersadai di bahu jalan kawasan tersebut selama 2-3 hari sebelum orang awam mengerumuni kawasan itu dan membuat laporan polis.

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1676480122776604675?s=20

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan dari pihak polis mengenai penemuan mayat tersebut.

Apa-apa pun jangan buat sebarang spekulasi ya!

Baca: Misteri Bau Busuk Terungkai, Anak OKU Rupanya Dah 4 Hari ‘Tinggal’ Dengan Mayat Bapa

Tinggal Dengan Mayat Bapa

Sumber: Facebook