in

Misteri Kehilangan Anna Jenkins Sejak 2017 Terjawab! Polis SAHKAN Tulang Ditemui Milik Mangsa

Featured 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Misteri kehilangan wanita Australia, Annapuranee Jenkins, 65 tahun sejak 3 tahun lalu terjawab apabila polis hari ini mengesahkan tulang yang ditemui di sebuah tapak pembinaan di George Town adalah milik mangsa.


Tulang itu ditemui pekerja landskap pada 24 Jun lalu, bersama barangan lain yang dianggap milik mangsa dan kad kunci hotel.

Australian Anna Jenkins Missing In Penang Since 2017 Finally Found 5F033C51Aec01 696X698 1

Mangsa kali terakhir dilihat di Jalan Scotland, pada 13 Disember 2017 iaitu 3km dari lokasi tulang tersebut ditemui, lapor FMT.

Dilaporkan yang Anna sebelum ini bercuti bersama suaminya, Frank di Pulau Pinang.

Dia meninggalkan hotel dengan menaiki teksi pada 13 Disember 2017 bagi melakukan pemeriksaan gigi di klinik di Jalan Burma. Dia juga meminta pekerja untuk memesan Uber menuju ke sebuah rumah kebajikan di Batu Lanchang selepas mendapatkan rawatan gigi itu.

1 7

Bagaimanapun laporan kehilangannya dilakukan selepas Anna tidak pulang ke hotel.

 

Baca : Misteri Kehilangan Anna Jenkins Pada 2017 Hampir Terjawab! Polis Jumpa Tulang Manusia & Pakaian Dipercayai Milik Mangsa?

Baca 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.