in

Misteri Bau Busuk Terungkai, Anak OKU Rupanya Dah 4 Hari ‘Tinggal’ Dengan Mayat Bapa

Tinggal Dengan Mayat Bapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Misteri menyelubungi Flat Purnama di Bentong, Pahang apabila terdapat aduan bau busuk sejak beberapa hari lalu.

Ianya terungkai apabila punca bau busuk itu didapati datang daripada mayat seorang lelaki yang menghuni sebuah unit flat di tingkat bawah kawasan berkenaan.


Apa yang lebih menyedihkan ialah mayat mangsa yang merupakan seorang warga emas berusia 64 tahun itu ditemani oleh anaknya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) di dalam sebuah bilik di rumah itu.

Cats 75

Menurut laporan Kosmo!, anak lelaki mang­sa itu berada bersama bapanya yang telah meninggal di dalam rumah berkenaan selama empat hari, dia difahamkan cuba ‘menguruskan’ sendiri kematian warga emas itu di dalam rumah.

Isteri mangsa dikatakan tiada di rumah pada waktu itu kerana sedang berada di rumah seorang lagi anaknya di Kuala Lumpur sejak Rabu lalu.

Menurut jiran kepada mangsa, dia dapat menghidu bau busuk sejak Khamis lalu dan bau itu semakin kuat sehingga menusuk hidung.

“Kali terakhir saya nampak isteri mangsa pada Rabu lalu, jadi saya cuba melihat melalui tingkap kerana bau terlalu busuk dan terkejut apabila nampak mayat mangsa.

Saya memang amat terkejut dan kemudiannya menghubungi pihak berkuasa bagi memaklumkan kejadian ini,” katanya.

Selain itu, Penolong Pe­ngarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bomba telah bergegas ke lokasi kejadian selepas laporan diterima pada pukul 4.10 petang kelmarin bagi membantu mengambil mayat mangsa.

Baca: “Kelas perlu dikosongkan sebelum 5 ptg” –  Kisah Tapak Seram Di UPSI, Pernah Temui 100 Mayat Manusia?

Upsi Sejarah

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.