Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, itulah yang boleh digambarkan tentang kehebatan seekor anjing ini yang bangkit untuk kembali berjalan walaupun kakinya depannya telah tercedera setelah terlibat dalam kemalangan.
Menurut Oddity Central, anjing yang diberi nama Dexter itu telah kehilangan sebelah kakinya setelah dilanggar sebuah van di hadapan rumah pemiliknya beberapa tahun lalu.
https://www.instagram.com/p/CU1PZxmMHTf/?utm_source=ig_embed&ig_rid=3b357eb4-3812-4307-915e-fb7824f84482
Suami pemilik Dexter iaitu Tim Pasek kemudiannya cepat-cepat membawanya ke klinik haiwan namun kejadian itu telah mengakibatkan sebelah kaki depannya terpaksa dibuang akibat kecederaan teruk dan sebelah lagi juga cedera.
Umur haiwan peliharaan itu masih panjang dan dia masih hidup sehingga kini namun sejak hari itu, anjing terbabit mula menyesuaikan diri berjalan dengan cara baru. Untuk pengetahuan semua, tuan anjing ini pernah memberikannya sebuah alat dengan tayar untuk memudahkannya bergerak namun ia lebih gemar untuk berjalan seperti manusia menggunakan dua kaki belakangnya.
Pada mulanya, tuan Dexter pun macam takut dan terkejut tengok cara anjing peliharaan mereka jalan dengan dua kaki dan mereka sendiri tak pernah ajar anjing tersebut untuk jalan macam tu.
Namun, setelah dirujuk kepada doktor haiwan dan mereka melihat sendiri bagaimana Dexter lebih selesa berjalan macam tu, lama-kelamaan mereka dah terbiasa dengan kaedah terbaru yang diguna oleh anjing kesayangan keluarga itu.
Kehebatan Dexter berjalan mirip manusia kemudiannya telah mula mendapat perhatian orang ramai setelah video yang dikongsikan oleh pemiliknya mula tular.
Walaupun begitu, ada juga segelintir netizen yang bimbang dengan cara berjalan Dexter, namun pemilknya menegaskan mereka tak pernah ajar atau paksanya jalan macam tu dan mereka juga selalu membawa anjing tersebut untuk pemeriksaan doktor.
Boleh tengok video Dexter ini di YouTube yang dikongsikan oleh BuzzFeed News ini.
Sumber: Oddity Central, Instagram@dexterdogouray