Perasan tak, sejak akhir-akhir ni banyak betul kes duit hilang dari bank kan?
Baru-baru ini, pihak polis telah menahan seramai lima individu yang disyaki terlibat dengan kegiatan penipuan baharu melalui penggunaan fail Android Package Kit (APK) melalui operasi dan serbuan yang dibuat pada 24 Ogos lalu di Kuala Lumpur.
Kesemua lima individu yang ditahan ini adalah terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan berusia di antara 17 sehingga 21 tahun. Muda-muda lagi…
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Polis Malaysia, kesemua individu ini telah mencipta akaun palsu di laman sembang terkenal.
https://twitter.com/redzuannewsmpb/status/1570014332951629830?s=46&t=wN_VxzKJ42RxSmEacLQ0yg
Mangsa yang ingin berkenalan dengan lebih rapat kemudiannya ditawarkan untuk melihat gambar-gambar serta video mereka melalui aplikasi lain yang akan dihantar melalui fail APK.
Mangsa juga dikehendaki untuk membuat pembelian token sebelum boleh mengakses aplikasi tersebut. Aplikasi yang berkaya dipasang akan mengakibatkan berlaku transaksi pengeluaran wang dari akaun mangsa.”
Ekoran ini, pihak polis menyeru orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan membuat langkah-langkah pencegahan seperti berikut:
- Jangan muat turun fail APK yang dihantar terus ke telefon pintar oleh individu yang tak dikenali.
- Elakkan muat turun aplikasi APK dari sumber tidak sah.
- Keselamatan sistem SMS pada telefon pintar hendaklah sentiasa dipelihara kerana ianya akan menerima SMS OTP daripada pelbagai aplikasi di telefon pintar.
- Elakkan muat turun aplikasi SMS dari sumber yang mencurigakan.
Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan.
Makin licik cara scammer nak tipu duit sekarang. Memang bahaya betul. Min pun hampir tertipu masa nak cari orang kemas rumah bila kena suruh download aplikasi bukan-bukan. Korang pun kena extra careful lah ya…
Baca: Ditawar Jadi ‘Personal Shopper’, Individu Cerita Pengalaman Dijerat Jadi ‘Scammer’ Rakyat Malaysia