in

Minimalist Lab Perkenal ‘The Re.Life’ Program Kitar Semula Barang Kemas, Pertama di KL!

Mnml Kl 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minimalist Lab (MNML), sebuah jenama barangan kemas fesyen tempatan baru-baru ini telah memperkenalkan program kitar semula barang kemas fesyen yang pertama ditawarkan di Kuala Lumpur dan ianya boleh dibuat di dua rangkaian kedai berkenaan.


Program kitar semula baharu tersebut yang dipanggil ‘The Re.Life Program’ ini membuka ruang pada orang ramai untuk membawa barangan kemas yang tidak digunakan lagi untuk dikitar semula dan bukannya dibuang yang mana akhirnya akan memenuhkan tapak pelupusan sampah.

Dalam masa yang sama, program ini berhasrat untuk menjadikan kitar semula sebagai tabiat kalangan pengguna selain untuk mengingatkan orang ramai tentang kesan pembuangan sisa logam daripada barang kemas fesyen.

Mnml Kl

Industri fesyen yang berkembang pesat ini secara tak langsung mempengaruhi cara pengguna berbelanja terutamanya dengan kemudahan platform e-dagang atas talian yang membolehkan pengguna membeli aksesori dan perhiasan ini dengan murah pada bila-bila masa.

Selain itu, banyak peniaga barang kemas fesyen ‘pantas’ sering berlumba-lumba untuk membawa masuk reka bentuk baharu setiap minggu bagi menarik pengguna untuk membeli lebih banyak, dan biasanya memfokuskan pada barang kemas murah yang dibeli untuk dipakai untuk majlis hujung minggu atau sekadar aksesori pelengkap fesyen. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MNML, Nicholas, visi mereka ketika menubuhkan jenama berkenaan adalah untuk mendidik pengguna dan memberi kesedaran membeli-belah supaya berhenti membeli barang kemas berkualiti rendah yang kemudiannya akan dibuang hanya selepas beberapa kali dipakai. 

Cats 17

Tambahnya lagi, MNML berhasrat untuk membawakan barangan kemas yang lebih berkualiti dan kekal relevan tanpa mengira masa dengan harga berpatutan, barangan kemas yang boleh dipakai untuk tempoh yang lama tanpa perlu beli yang baru.

Sebagai satu usaha penjenamaan semula syarikat, program ‘The Re.Life’ ini turut mengalakkan orang ramai untuk memakai barangan kemas yang berkualiti dan tahan lebih lama.

Untuk program ini mereka yang berminat nak kitar semula barangan kemas mereka hanya perlu :

  • Bawa 10 barangan kemas yang tak digunakan lagi ke mana-mana cawangan Minimalist Lab untuk ditukarkan kepada 1 barang kemas MNML baharu.
  • Apa sahaja barang kemas dan jenama diterima, asalkan ianya diperbuat dari logam.
  • Pengguna oleh pilih barangan kemas secara PERCUMA daripada rangkaian pilihan istimewa MNML

Outlet MNML boleh ditemui di :

MNML FLAGSHIP STORE – MID VALLEY MEGAMALL
Dibuka setiap hari 10 pagi – 10 malam
Lot F-034, First floor, North Court, 1, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala
Lumpur, Malaysia.

PAVILION KL
Dibuka setiap hari 10 pagi -10 malam
Lot P6.27.00, Level 6, Tokyo Street, 168, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur,
Malaysia

Sumber: MNML
Sumber: MNML

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.