in

“Minggu lepas pakai kerusi roda” – Wanita Dakwa Kena ‘Scam’, Terkejut Peniaga Disangka OKU Elok Berdiri

berlakon oku raih simpati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan, rata-rata rakyat Malaysia memang bersifat pemurah, mudah rasa bersimpati apabila ternampak mereka yang memerlukan bantuan.

Namun, ada kalanya sifat pemurah ini telah diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Niat membantu sama ada bersedekah atau membeli barangan kerana rasa simpati ini telah membuka peluang kepada pihak tertentu mengaut keuntungan secara mudah.

Artikel berkaitan: “Kami tiada niat mengejek, tiru content viral je” – Buat Usahawan OKU Tersinggung, Restoran Mohon Maaf

Artikel berkaitan: Berlakon Seperti Pekak & Bisu, Pengemis Pasar Malam Kantoi Miliki Kereta Proton X70 Premium

Peniaga berlakon OKU untuk raih simpati

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsi sebuah video memaparkan seorang peniaga didakwa berlakon menjadi Orang Kurang Upaya (OKU) ketika lelaki itu meletakkan kerusi roda di bonet kereta.

Katanya, lelaki di dalam video itu berniaga rendang sambil menggunakan kerusi roda pada minggu lepas. Disebabkan rasa kasihan melihat keadaan lelaki itu, dia membeli dua peket rendang daging.

“Minggu lepas brother ni berjualan pakai kerusi roda konon kakinya cacat tak boleh bergerak dekat kawasan taman. Kakak pun belilah rendang daging 2 peket.

“Dia mai depan rumah duk jerit2 tengah panas. Kita pun kesian OKU kan. Walau dalam hati tak nak beli tapi beli juga… niat nak bantu.”

 

Screenshot 2024 08 02 173448 1

Bagaimanapun, dia berasa tertipu apabila nampak peniaga sama tetapi lelaki itu boleh berdiri dan mengangkat barang masuk ke dalam kereta.

“Hari ini depan mata tengok orang yang sama tu berdiri siap angkat barang masuk kereta. Sebelum tu elok je dia naik kerusi roda berjualan kedai ke kedai.”

Wanita itu tidak menolak kemungkinan lelaki terbabit adalah ahli sindiket yang menggunakan modus operandi sama di setiap kawasan yang dikunjunginya. Malah, dia turut kecewa kerana tindakan lelaki itu telah merosakkan imej golongan OKU.

Meninjau ke ruangan komen, netizen mendakwa ada ternampak lelaki yang sama sedang menyorong kerusi rodanya.

Screenshot 2024 08 02 173200 Screenshot 2024 08 02 173222 Screenshot 2024 08 02 173236 Screenshot 2024 08 02 173252

Ramai juga yang dakwa terkena perkara sama. Hmmm…

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.