Berlangsung selama 2 hari berturut-turut, Anugerah Seri Angkasa 2022 menyaksikan ramai di kalangan penggiat seni tak kiralah mereka yang di depan kamera mahupun di belakang tabir telah merangkul pelbagai anugerah di atas kejayaan dicapai.
Antara yang menarik perhatian ialah penghargaan yang diberikan kepada pelakon veteran, Fauziah Nawi sebagai Tokoh Seri Angkasa 2022 yang membawa pulang trofi, wang bernilai RM10,000 dan juga sebuah kereta. Wah!
Persembahan Kak Ani jadi sebutan netizen?
Namun di sebalik kemenangan tersebut, kecoh di TikTok sebuah video yang memaparkan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris atau lebih mesra digelar Kak Ani membuat persembahan di majlis anugerah tersebut.
Apa yang menghairankan netizen ialah ketika lagu 7 Nasihat yang asalnya dinyanyikan Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo dan Luca Sickta dimainkan, Kak Ani kelihatan tidak menyanyi dan hanya menari di atas pentas.
Dari video tersebut boleh dilihat juga hanya Kmy Kmo dan Luca Sickta yang berduet dan part nyanyian Siti pula dinyanyikan oleh suara latar.
“Macam mana nak buat konsert sendiri ni?”
Video tersebut telah menimbulkan persoalan di kalangan netizen dan ada yang mula berspekulasi bahawa Kak Ani agak penat dan tidak mampu menyanyikan lagu tersebut.
Dalam pada itu juga ada yang mengatakan mungkin Kak Ani tidak mahu menyanyikan lagu Siti Nurhaliza atas sebab-sebab tertentu.
Apa-apapun hanya Noraniza Idris yang tahu sebabnya kenapa dia tak menyanyikan lagu itu semasa majlis berlangsung. Nanti kita tunggu penjelasan dari Kak Ani ye.
Baca: Bimbang PRU Bakal Diadakan Tak Lama Lagi, Noraniza Idris Tunda Konsert Malai Solo