Bagi korang yang kerap scroll di TikTok, pasti familiar dengan kisah lelaki mualaf yang dikenali sebagai ‘Muka Gangster’ atau nama sebenarnya, Muhammad Mikhael Sathayah yang sering berkongsi kisah penghijrahannya di media sosial.
Ramai juga kagum dengan cara Mikhael menghormati ibunya dan sering membawa wanita itu ke mana sahaja walaupun mereka berlainan agama.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Ramai Terharu Kisah Bro ‘Muka Gangster’ Ni, Sanjung Emak Walau Berlainan Agama
Artikel berkaitan: [VIDEO] Kongsi Kisah Penghijrahan, Ramai Baru Tahu Amin Idris Seorang Mualaf
Bro ‘Muka Gangster’ beraya dengan bakal isteri
Perkongsian terbaru Bro Muka Gangster baru-baru ini telah menarik perhatian ramai selepas dia dilihat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama bakal isteri.
Lebih menggembirakan, ibunya juga dilihat beraya bersama bakal menantu dan saling bersalaman serta berpelukan antara satu sama lain.
@mukagangster @Mak Titew @Murni Azwa #KongsiBersama #mukagangster #maktitew #fyp #ipohperak #raya #raya2024
Dalam klip video itu juga, Mikhael dilihat meraikan hari raya bersama rakan serta keluarga dan menjamu selera juadah yang disediakan pada hari tersebut.
“Kenapa aku gembira sangat tengok video ni”
Video berkenaan mendapat pelbagai komen positif daripada netizen yang gembira melihat situasi itu.
Ramai yang mendoakan agar urusan pernikahan TikToker ini dan pasangannya dipermudahkan.
Alhamdulillah, seronok tengok bro ni sambut raya. Cepat-cepat kahwin ye!
Sumber: TikTok