in

Meskipun Bergaji RM10.8k, Lelaki Ini Mahu Berhenti Kerja Kerana Terlalu Bosan Di Pejabat

Cats 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, sebuah hantaran Facebook oleh lelaki Singapura tular dan telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet Singapura dan Malaysia.

Lelaki tersebut, yang dikenali sebagai Kenji Ong berkata, dia dalam perancangan untuk menghantar surat berhenti kerja kepada majikannya kerana mempunyai terlalu banyak masa lapang di pejabat.


Dah terbiasa bekerja dari rumah

Selain itu, Ong juga meluahkan bekerja secara fizikal di pejabat adalah terlalu memenatkan selepas dia sudah bekerja dari rumah dalam tempoh masa yang lama semasa pandemik berlaku.

Lelaki dari Singapura ini turut meluahkan dia berasa kurang puas apabila hanya menerima 20 hingga ke 30 e-mel dalam sehari apabila bekerja di pejabat.

079150700 1443609460 Work Stress Burnout

Jelas Ong, bekerja dari rumah adalah lebih efektif kerana dia mampu menyiapkan tugasan dalam tempoh 3 jam, dan berehat apabila mempunyai masa lapang.

Terpaksa berlakon buat kerja

Ong juga meluahkan betapa sukarnya untuk dia berada di pejabat tanpa berbuat apa-apa kerja kerana majikannya duduk duduk di sebelah.

Untuk itu, dia akan berlakon mengisi data di dalam Microsoft Excel ketika masa lapang agar kelihatan seperti sedang membuat kerja. Dia juga akan memeriksa e-mel berulang kali untuk menghabiskan masa lapang yang ada.

Enhance Your Excel Skills

Gaji RM10,832 dan tidak stres, tapi…

Dedah Ong, dia menerima gaji SGD3,400 (bersamaan RM10,832) dan ia adalah satu jumlah yang selesa untuk pekerjaan seperti itu memandangkan dia tidak perlu bekerja lebih masa atau pada masa hujung minggu.

Bagaimanapun, terlalu banyak masa lapang di pejabat membuatkan dia berasa stres dan kurang bermotivasi untuk bekerja.

Dapat reaksi pelbagai

Perkongsian Ong ini mendapat reaksi pelbagai warganet. Ada yang memberi komen agar Ong mendedahkan nama syarikat agar mereka boleh memohon kerja di situ kerana kedengaran seronok.

Ada juga yang berkata Ong sepatutnya kekal bekerja di situ kerana dia menerima gaji yang selesa dan tidak terlalu stres.

Apa pendapat anda?

Kredit: Kenji Ong

BACA: Sekolah Rendah 4 Murid Tawar Gaji Tahunan Hampir RM400K Cari Cikgu Baru

Foula

 

Sumber: Liputan6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.