in

“Meriah” – [VIDEO] Pengantin ‘Rare’ Sanding Atas Lori Pembinaan, Ikut Tradisi Keluarga

Sanding Atas Lori

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Majlis perkahwinan adalah detik istimewa yang paling dinanti-nantikan bagi pasangan mempelai. Jadi tak hairanlah jika sesetengah daripada pengantin mahu tampilkan kelainan serta berfikir di luar kotak bagi memastikan hari bersejarah itu terus diingati.


Perkara ini turut dilalui pasangan pengantin dari Tanjung Piandang, Perak baru-baru ini dalam satu video yang dimuatnaik oleh TikTokers @sahirrosle apabila mereka memilih untuk berarak menggunakan lori kecil. Unik kan?

@sahirrosle

Selamat Pengantin Baru Iqbal..#BigBossSA #fyp #fypシ゚viral #RancakRaya #fypシ #tiktokmalaysia

♬ Pengantin Bersanding – Dato’ M.Daud Kilau

Bagi memastikan suasana pada hari tersebut meriah, lori yang membawa barang binaan itu dibersihkan terlebih dahulu sebelum dihias cantik. Malah, bunga manggar turut diletakkan di samping pohon tebu bagi menyerikan suasana atas lori tersebut.

Umpama ‘bersanding’ atas lori ketika berarak, kedua-dua mempelai itu kemudian disambut sanak saudara yang tengah menanti untuk iring mereka ke pelamin. Menceritakan tentang keunikan itu, kakak saudara kepada pengantin lelaki berkenaan menyatakan bahawa ia adalah tradisi turun temurun keluarganya.

Rozita Mohamed berkata sebelum ini pengantin diraikan akan menaiki kenderaan jenis Toyota Hilux. Dia turut mengatakan yang tradisi ini bermula daripada arwah atuk dan kemudian diturunkan kepada anak cucu sehingga kini.

Selain daripada perarakan, terdapat juga acara membuka hadiah pada waktu malam dan ahli keluarga diwajibkan untuk menyumbang hadiah. Tambahnya lagi, perarakan bermula dari kawasan berhampiran yang jaraknya kira-kira 100 meter sahaja dari rumah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sememangnya bersetuju yang tradisi ini unik dan jarang dibuat pasangan pengantin lain. Mereka juga turut menyokong supaya tradisi ini tetap diteruskan pada masa akan datang.

“Uish, pertama kali tengok orang sanding atas lori!” – Komen netizen

Komen Pengantin

Korang nak tak sanding atas lori? Ke korang ada idea yang lagi gempak?

Baca: “[VIDEO] Pengantin Perempuan Ini Buka Silat Di Hari Persandingannya Buat Ramai Terpegun!”

Bawah Putih

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.