Seperti yang kita tahu, filem-filem yang diterbitkan mempunyai genre yang pelbagai dari action sampailah ke komedi. Namun begitu, yang menjadi favourite orang Malaysia mesti genre seram kan? Memang setiap kali filem seram atau hantu keluar di pawagam, korang semua mesti pergi serbu walaupun sebenarnya takut nak tengok.
Tapi dalam banyak-banyak filem seram, The Nun dan Annabelle adalah antara yang paling digemari ramai. Mana taknya, ada filem daripada universe kedua-dua cerita ni berdasarkan kisah benar tau! Lagilah orang nak tonton. Jadi, memandangkan nak dekat dengan Halloween ni, mari sini min cerita beberapa kaitan yang korang tak pernah dengar dalam francais filem ini.
1. Pertalian Saint Lucy
Kaitan pertama, watak utama dalam siri The Nun, Sister Irene dan siri Annabelle, Lorraine Warren adalah daripada pertalian darah yang sama. Dipercayai, mereka berdua merupakan kerabat daripada Saint Lucy, seorang martir Kristian daripada abad ke-4.
Buktinya, dalam filem, Sister Irene ada mengalami beberapa ‘visions‘ yang menunjukkan dia adalah salah seorang daripada keturunan Saint Lucy. Selain itu, dia juga dapat tahu keturunan Saint Lucy yang lain iaitu salah satunya, Lorraine Warren dalam filem-filem Annabelle.
Kalau korang nak tahu, syaitan rahib, Valak ni memang dah target keturunan Saint Lucy ni bertahun-tahun sejak dia muncul dalam filem The Nun yang pertama. Sebabnya, Valak ingin mendapatkan ‘Eyes of St. Lucy‘ yang dipercayai dapat memberikan kuasa kepadanya.
Artikel berkaitan: Rupanya 5 Anak Patung Ni Lagi Seram Dari Chucky & Annabelle!
2. Syaitan-syaitan utama dalam siri
Dalam kedua-dua siri filem ni, kita dapat saksikan pelbagai syaitan jahat yang muncul untuk mengganggu watak-watak dalam francais ni. Sebagai contohnya, La Llorona, The Crooked Man, dan Batsheba yang menjadi villain dalam The Conjuring (2013).
Walau bagaimanapun, semua syaitan ni bukanlah musuh yang sebenarnya berbanding dengan Valak dan syaitan yang ‘merasuk’ Annabelle. Tambahan lagi, Valak merupakan syaitan utama kerana kemunculannya dalam kedua-dua siri filem itu yang mensasarkan Sister Irene dan Lorraine Warren tanpa henti.
3. Sister Charlotte ada pertalian dengan Valak
Pada korang yang tak tahu, Sister Charlotte merupakan watak utama dalam filem Annabelle: Creation yang ditayangkan pada tahun 2017. Disebabkan ini, ada pandangan yang kuat mengatakan Sister Charlotte mempunyai kaitan dengan Valak.
Buktinya, Sister Charlotte melihat satu gambar lama dia bersama tiga orang rahib di dalam sebuah biara di Romania. Apa yang mengerikan, dalam gambar itu juga kelihatan Valak sedang memerhatikan mereka di sebalik bayang-bayang. Seperti yang diketahui, syaitan mempunyai kebolehan untuk berpindah tempat dari sebuah objek atau manusia.
Oleh disebabkan itu, ada teori yang mengatakan Valak telah merasuk Sister Charlotte melalui gambar itu sebelum berpindah masuk ke dalam patung Annabelle. Walau bagaimanapun, dalam francais filem ini jarang menerangkan kaitan Sister Charlotte dan Valak namun, dengar pun dah boleh buat seram kan?
Artikel berkaitan: The Nun 2: Ini Semua Korang Perlu Tahu Tentang ‘The Return of Valak’!
4. Gambar yang sama dalam Biara St. Carta
Dalam filem The Nun, korang boleh nampak gambar Sister Charlotte dan tiga rahib lain itu juga. Tapi, tiada satu pun orang di dalam gambar itu yang muncul dalam filem tersebut. Walau bagaimanapun, ini membuktikan yang dorang sudah ada dalam tahun yang sama peristiwa di Biara St. Carta berlaku.
Selain itu, mereka juga tak disebutkan dalam filem itu, padahal gambar mereka dah tergantung di dinding biara itu. Apa yang lagi peliknya, dalam Annabelle: Creation, Sister Charlotte langsung tak ingat atau perasan Valak dalam gambar itu bersama-sama mereka. Mungkin ada betul juga teori Sister Charlotte kena rasuk kan?
5. Garis masa The Nun
Tiga tahun selepas kejadian dalam The Nun berlaku, Sister Charlotte baru sahaja tiba di ladang Mullins bersama kanak-kanak perempuan di bawah jagaannya.
Tetapi, dalam filem The Nun yang pertama, Valak telah membunuh semua rahib yang menjaga Biara St. Carta, termasuk Sister Charlotte dan tiga rahib lain di dalam gambar itu. Yang peliknya, Sister Charlotte masih lagi hidup dalam Annabelle: Creation dan menjaga kanak-kanak yatim piatu.
Jadi, macam mana hanya Sister Charlotte sahaja yang terselamat daripada Valak semasa serangan di biara itu? Korang mesti tertanya juga kan?
6. Taissa dan Vera Farmiga dalam francais Annabelle-The Nun
Kalau korang nak tahu, Sister Irene dan Lorraine Warren bukan sahaja keturunan yang sama dalam filem, tapi juga adik beradik kandung yang sebenar tau! Lagi tepatnya, Sister Irene dilakonkan oleh Taissa Farmiga iaitu adik kepada Vera Farmiga yang melakonkan watak Lorraine Warren.
Menariknya, keputusan untuk menjadikan dua beradik ni related dalam francais filem ini bukanlah secara kebetulan namun memang sudah dirancang dari awal oleh Michael Chaves, pengarah The Nun 2 yang juga menimbulkan isu pertalian darah antara kedua-dua watak itu.
7. Ouroboros
Dalam francais ini, Ouroboros adalah satu simbol di mana seekor ular yang memakan ekornya sendiri. Simbol ini juga selalu dikaitkan dengan Valak, kerana syaitan itu yang sering digambarkan dengan ular.
Sebagai contoh, dalam filem Annabelle (2014), ada sebuah adegan di mana watak utama, Mia Form tersadung atas satu muka surat yang menunjukkan simbol itu. Selain itu, dalam filem The Conjuring 2 dan The Nun juga, ada terpapar simbol yang berkaitan dengan ular ini. Oleh itu, terbukti filem-filem Annabelle dan The Nun ada berkait rapat antara satu sama lain.
Sumber: ScreenRant