in

“Mereka khianat saya”

Najib Sedih 681X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak jatuhnya UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 hari itu, ramai orang kuat daripada UMNO keluar secara rasminya. Lepas seorang, seorang lagi yang keluar. Pun begitu, bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, langsung tak ada keluarkan apa-apa komen tentang perkara itu.

Namun baru-baru ini melalui MMO, Najib mendakwa bahawa mereka yang mempunyai kedudukan dalam UMNO sebenarnya adalah dalam kalangan mereka yang langsung tak setia dan didapati telah mengkhianati dia. Ohhhh??


Bekas Perdana Menteri itu dilaporkan telah menyalahkan kekalahan pihaknya pada pembelot yang kebanyakannya juga memegang jawatan dalam UMNO.

Umno Anniversary Najib 11052018 1
sumber: mmo

Kami hanya memikirkan cara macam mana nak dapatkan keuntungan. Kita lebih fikir pada kaum kita, dan tak kita tak akan dapat apa yang kita nak kalau kita khianat parti kita,” kata Najib.

Sebenarnya ada orang yang berkelakuan teruk dengan membebaskan tawanan mereka dengan wang tebusan. Dan yang peliknya, semua yang buat macam itu adalah mereka yang ada kedudukan tinggi dalam parti. Jadi tak peliklah kalau parti kita kalah.”

Najib keluarkan dakwaan ini dalam sebuah perhimpuann kecil yang dianjurkan oleh penyokong parti yang setia dengannya, di salah sebuah restoran di ibu kota, semalam. Isteri serta anak-anaknya turut serta dalam perhimpunan tersebut.

Najib Sedih
sumber: blog

Selepas kejatuhannya dari kuasa, dia telah berulang kali menuduh ramai pemimpin UMNO sebagai pengkhianat tetapi tidak menamakan siapa.

Semalam beliau buat tuduhan yang sama lagi,

UMNO akan jadi lagi baik kalau buang pengkhianat yang ada. Lebih baik orang-orang macam ini untuk keluar dari UMNO. Kami hanya nak mereka yang akan mati untuk parti itu sahaja.”

Sebelum ini Najib didakwa dengan beberapa tuduhan rasuah dan pecah amanah berkaitan dengan 1MDB. Dia didakwa dengan tuduhan RM42 juta daripada SRC International iaitu anak syarikat 1MDB.

Siapa agaknya pembelot-pembelot tu ehh?

Baca: Syukurlah Ahli UMNO Masih Sayangkan Najib

Capture 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.