Umum mengetahui negara Palestin kini sedang berdepan dengan serangan bertubi-tubi dari Israel, banyak negara yang ingin membantu dari segi keperluan disekat oleh pihak rejim zionis itu.
Terbaru, sedikit demi sedikit bantuan dari luar sudah mulai masuk ke Palestin menerusi Mesir namun satu video tular memaparkan bantuan dari negara Arab yang mengejutkan serta mendatangkan persoalan ramai.
Video berkenaan tular di media sosial, ia menunjukkan sebuah lori yang penuh dengan kain kafan ‘mewah’ bertujuan untuk diberikan kepada penduduk Gaza sebagai bantuan.
Seorang wartawan daripada Palestin menunjukkan kain-kain tersebut dan menyindir bantuan itu dengan berterima kasih kepada negara Arab yang tidak dikhususkan namanya.
https://www.tiktok.com/@ajiem.2/video/7296422623582489857?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7246618843144029698
Video pendek berdurasi 15 saat itu memaparkan beberapa orang wartawan yang membuka bungkusan besar yang mengandungi helaian kain kafan itu.
“Dorang kaya-raya kan?”
Sudah pastinya video itu menarik perhatian netizen dan rata-rata mereka memberikan kecaman terhadap negara Arab itu.
Ramai yang berpendapat sebagai negara yang kaya-raya sepatutnya mereka boleh memberikan bantuan yang lebih besar kepada saudara-saudara mereka yang sedang ditimpa kesusahan itu.
Allahu, mungkin ada lagi bantuan lain…
Sumber: TikTok