Satu pengajaran buat penggemar kucing, melihat mereka bermain dengan sesuatu benda boleh diibaratkan satu terapi buat kita. Misalnya melihat dia capai tali, kejar lampu laser dan apa sahaja benda kecil diatas lantai.
Namun haiwan peliharaan ini juga suka gigit barang yang dicapai, lebih-lebih lagi kalau benda tu bergerak, pasti korang selalu nampak kucing suka bermain dengan wayar kan?
Mereka akan bermain dan gigit wayar tersebut, walaupun kita sedar ianya bahaya tapi ramai yang tak alert pasal hal ni sehinggalah berlaku insiden dalam satu perkongsian di Facebook ini.
Awasi kucing kesayangan anda jika anda betul-betul sayangkan mereka. Mereka hanya tahu main je..
Beberapa foto kucing mati akibat kejung terkena renjatan elektrik ketika sedang gigit wayar telah meruntun hati pencinta kucing.
Ia sekaligus mencetuskan rasa bimbang bahawa kucing peliharaan juga memerlukan pemantauan lebih, dapat dilihat mulut kucing tu keluar darah dan mati begitu sahaja.
Dalam pada itu ada juga netizen yang kongsikan tips bagaimana nak cegah kucing daripada buat habit gigit wayar ni.
Sapu minyak dekat wayar – Netizen
Hurm, harap dapat dijadikan pengajaran buat mereka yang ada kucing peliharaan, kalau admin pun sedih kot tengok jadi macam ni.
Baca : “Masyarakat makin tenat”- Kejam! Makanan Kucing Terbiar Dicampur Berpuluh Biji Pil