Amalam membaca Al-Quran mempunyai disiplin yang yang tersendiri. Bertaranum dalam melantunkan bait-bait suci dari kitab itu juga hukumnya harus kerana sedap didengar.
Begitulah yang dilakukan oleh penyanyi, Ernie Zakri ketika bersama dengan Johan Tilawah Al-Quran, Farhatul Fairuzah di Instagram. Memperdengarkan bacaan Surah Al-Kausar dalam satu video, suara merdu mereka berdua mendapat pujian orang ramai yang terpegun dengan taranum mereka. Korang boleh tengok video taranum @farhatulfairuzah dekat bawah.
https://www.instagram.com/tv/Cf_T15xDpas/?igshid=YmMyMTA2M2Y%3D
Merdu sangat!
Min dengar sambil pejam mata, terasa tenang sangat jiwa. Harap Ernie Zakri dan Farizatul boleh buat lagi video macam ni.
Min rasa sebab Ernie dah ada bakat dalam nyanyian, mungkin untuk beliau taranum ni boleh dikuti. Power kan?
Betul, merdu suara kedua-duanya. Kalau tak merdu, tak jadilah sorang Juara Tilawah, sorang lagi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu.
Kan… style bertaranum sama. Sedap sangat, tenang jiwa ni bila dengar. Terbaik lah Ernie dan Farizatul.
Kalau scroll bawah-bawahlagi komen yang netizen bagi, memang semua puji suara mereka berdua. Sedap, merdu dan tenang bila dengar.
Baca: [VIDEO] Ernie Zakri Terbahak Sampai Melompat Tengok Peminat Parody AJL Gundah