in

“Menyusahkan pengguna jalan raya yang lain” – JSPT ‘Sound’ Foto Viral Cyclist Wanita Bawa Anak

basiikal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya kes sikap penunggang basikal semakin menjadi perbualan hangat, sebelum ini viral kes ada seorang penunggang dilanggar lori di Putajaya.

Tetapi mereka ini nampak macam masih belum serik apabila masih ada penunggang lain menggunakan jalan tersebut padahal laluan untuk berbasikal sudah disediakan.


Kelakuan mereka ini mengundang kemarahan netizen apabila viral satu foto penunggang basikal wanita membawa anak kecil dibelakangnya.

Bukan sahaja netizen, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias sendiri kurang senang apabila melihatnya.

 

Menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.”

Foto dibawah ini viral di Twitter dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Kata Azisman, ia bukan sahaja membahayakan keselamatan, bahkan boleh dikenakan tindakan undang-undang jika berlaku kemalangan, lapor Harian Metro

Epqg7weU0AQZAoA

Ini kerana tidak semua penunggang basikal memandang serius mengenai peraturan, undang-undang dan keselamatan di jalan raya.

Mengulas tentang gambar wanita ini, beliau menyelar tindakan wanita tersebut kerana ia mendatangkan risiko keselamatan diri serta anaknya.

“Cara berbasikal juga tidak mengikut peraturan jalan raya ditetapkan apabila tidak berada dalam satu barisan serta menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.”

Azisman berkata, kesalahan menunggang basikal secara berbahaya boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambahnya lagi , jika berlaku kemalangan dan mendatangkan mudarat kepada anak yang dibawa ketika melakukan aktiviti itu, mereka boleh didakwa mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian.

 

Baca : Wanita Jadi Mangsa Langgar Lari, ‘Eksiden’ Gara-gara Penunggang Basikal Tiba-tiba ‘Potong’ Masuk Laluannya

wanita

 

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.