in

Menyingkap Tragedi Pengeboman Bali Pada Tahun 2002, Libatkan Pakar Bom Dari Malaysia?

Collage 7 20

Kalau korang pernah pergi ke Bali, korang mesti akan nampak satu monumen besar dinamakan sebagai Ground Zero yang terletak di Jalan Legian, Kuta kan? Kalau korang nak tahu, monumen tersebut telah dibuat bagi mengenang tragedi pengeboman tahun 2002 iaitu Bom Bali I.

Untuk pengetahuan korang, Bom Bali 1 ini merupakan tragedi pengeboman yang berlaku di tiga lokasi di Bali pada 12 Oktober 2002 dan merupakan peristiwa pengganas paling teruk pernah terjadi dalam sejarah Indonesia dan di Asia Tenggara. Seramai 202 kematian dan lebih 200 kecederaan telah dilaporkan.

Tiga bom telah diletupkan di hadapan pusat hiburan Sari Club, pusat hiburan Paddy’s Pub yang terletak di Jalan Legian, Kuta dan di hadapan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Denpasar. Tapi apa kena mengena dengan Malaysia? Nak tahu lebih lanjut, baca dekat bawah ni.

Artikel berkaitan: Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram, KPN Sahkan Suspek Merupakan Anggota JI

Artikel berkaitan: “Didakwa 9 pertuduhan” – 5 Ahli Keluarga Lelaki Serang Balai Polis Ulu Tiram Didakwa Terbabit Ideologi IS

Kronologi Pengeboman Bali 2002

Mengenang 2 Dekade Bom Bali Dalam Bingkai Foto 6 169

Latar belakang dan persediaan

Awal 2002: Ahli kumpulan ekstremis Jemaah Islamiyah (JI) yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda telah merancang serangan. Objektif mereka adalah untuk membalas dendam terhadap Amerika Syarikat dan negara-negara sekutunya termasuk Australia.

Beberapa orang utama JI termasuklah Hambali, Riduan Isamuddin, Imam Samudra dan Mukhlas (Ali Gufron) mula membuat perancangan serta mendapatkan barang-barang untuk membuat bom.

Hari sebelum serangan

September 2002: Ahli JI membuat perancangan akhir dan mula memasang bom. Penggerak utama serangan ini, Amrozi bin Nurhasyim telah membeli sebuah van Mitsubishi L300 untuk digunakan sebagai bom bergerak.

Awal Oktober 2002: Tinjauan ke atas beberapa tempat sasaran dibuat dan telah memilih kawasan yang terkenal di kalangan pelancong di kawasan Kuta dan Legian bagi mendapatkan kesan yang besar.

12 Oktober 2002 – Hari serangan

Petang 7pm-10pm: Pemeriksaan akhir dibuat sebelum mereka memasukkan bom kecil di dalam beg galas dan menyediakan bom van besar.

10.30pm: Pengebom telah memandu van tersebut ke Dari Club di Kuta iaitu satu kawasan sibuk yang sering dikunjungi oleh pelancong.

11.05pm:

  • Letupan Paddy’s Pub: Seorang pengebom berani mati telah membawa beg galas dan masuk ke dalam Paddy’s Pub, sebuah kelab malam yang terletak di hadapan Sari Club sebelum meletupkan dirinya sendiri sehingga menimbulkan kekecohan dan kecederaan.
  • Letupan Sari Club: Beberapa saat kemudian, van yang telah diparkir di luar Sari Club meletup. Ekoran saiz bom yang lebih besar, ia menyebabkan kemusnahan yang besar, api yang besar serta kematian yang banyak.

11.15pm: Bom ketiga yang lebih kecil telah meletup berhampiran pejabat Kedutaan Amerika Syarikat menyebabkan kemusnahan kecil dan tiada kecederaan yang berlaku.

Tengah malam sehingga awal pagi:

  • Operasi menyelamat telah dijalankan oleh perkhidmatan kecemasan, penduduk tempatan dan pelancong yang turut membantu orang-orang yang tercedera serta mengosongkan kawasan tersebut.
  • Hospital di Bali telah dipenuhi dengan jumlah mangsa yang terkorban akibat serangan tersebut.

Hari-hari selepas serangan bom

13-14 Oktober 2002: Pihak berkuasa Indonesia mula menjalankan siasatan terhadap serangan tersebut dan angka kematian makin meningkat selepas lebih banyak mayat ditemui di bawah runtuhan.

15 Oktober 2002: Kerajaan Indonesia secara rasminya mengatakan bahawa serangan tersebut dibuat oleh JI dan beberapa bantuan telah diberikan oleh Amerika Syarikat dan Australia termasuk untuk siasatan dan forensik.

Siasatan dan tangkapan

November 2002 – January 2003:

  • Suspek-suspek utama termasuk Amrozi telah ditahan dan hasil soal siasat membuatkan lebih banyak penangkapan berlaku serta mendedahkan dalang-dalang utamanya.

Perbicaraan dan hukuman

2003-2005

  • Perbicaraan ke atas pelaku utama bermula. Amrozi, Imam Samudra dan Mukhlas telah dibicarakan dan dihukum.
  • Beberapa pengebom telah dihukum mati manakala yang lain telah menerima hukuman penjara yang panjang.

Legasi dan impak

2005: Bali sekali lagi menjadi tempat sasaran pengganas namun pada waktu ini pengawasan dan keselamatan lebih ketat.

2008: Amrozi, Mukhlas dan Imam Samudra dihukum mati dengan ditembak oleh skuad penembak.

Orang Malaysia pun terlibat?

Dr Azahari Husin

Husin

Dr. Azahari Husin, seorang jurutera dan pakar bom merupakan antara dalang utama dalam pengeboman yang berlaku di Bali dan turut mendapat gelaran The Demolition Man. Ini adalah beberapa penglibatannya dalam serangan yang berlaku pada 2002 itu.

Kehidupan awal dan pendidikan

Azahari Husin telah dilahirkan di Malaysia dan mendapat pendidikan tinggi di Adelaide, Australia serta mendapat gelaran doktor falsafah dalam bidang kejuruteraan sebelum menjadi pensyarah di salah sebuah universiti di Malaysia.

Di akhir tahun 1990-an, Azahari mula melibatkan diri dengan kumpulan JI dan dengan kemahirannya di dalam bidang kejuruteraan menjadikan dia salah satu aset berharga untuk organisasi tersebut.

Penglibatan dalam pengeboman Bali

Azahari merupakan ahli senior di dalam JI dan merupakan salah seorang pembuat bom utama bersama rakannya Noordin Mohammad Tip. Mereka berdua telah ditugaskan untuk mencipta dan memasang bom bagi pelbagai operasi keganasan.

Dikatakan, Azahari merancang pengeboman Bali dengan memanfaatkan kemahiran teknikalnya untuk mencipta bom yang digunakan dalam serangan.

Azahari juga turut bertanggungjawab memasang bom termasuk bom kecil di dalam beg galas dan bom besar yang menggunakan kereta atau van.

Bom-bom yang digunakan dalam serangan di Bali ini sangat canggih. Bom kecil merupakan alat peranti yang mudah digunakan manakala bom besar yang dibina di dalam van Mitsubishi adalah lebih kompleks dan menyebabkan lebih banyak kemusnahan.

Azahari dikatakan telah bekerja rapat dengan beberapa dalang utama di dalam JI termasuklah Imam Samudra dan Amrozi. Kemahirannya itu sangat penting bagi memastikan bom tersebut berfungsi seperti yang dikehendaki.

Selepas pengeboman Bali, pihak berkuasa Indonesia dan antarabangsa telah menjalankan pencarian besar-besaran sekaligus menjadikan Azahari salah seorang pengganas yang paling dikehendaki di Asia Tenggara.

Pada Julai 2004, Azahari dan Noordin telah berjaya melarikan diri dalam satu serbuan di rumah sewa yang terletak di barat Jakarta. Pihak forensik kemudian telah menemui kesan letupan yang digunakan dalam pengeboman kedutaan. Jiran-jiran memberitahu bahawa kedua-dua lelaki ini sering bersendiri dan hanya keluar untuk solat di masjid berhampiran.

Tambah mereka lagi, dua individu ini juga dilihat telah membawa kotak-kotak berat di dalam van putih yang sama jenis dengan van yang digunakan dalam serangan.

Walaupun sedang bersembunyi dari pihak berkuasa, Azahari berterusan merancang serangan lain dan telah dikaitkan dengan beberapa pengeboman lain di Indonesia seperti:

  • Pengeboman Kedutaan Filipina di Jakarta
  • Pengeboman Bursa Saham Jakarta
  • Pengeboman Malam Natal Indonesia, 2000
  • Pengeboman Bali, 2002
  • Pengeboman Makassar 2002
  • Pengeboman bas Poso
  • Pengeboman Pasar Tentena

Kematian Dr Azahari Husin

Pada 9 November 2005, polis Indonesia telah menjejak Azahari di sebuah rumah di Batu, Jawa Timur. Dalam serbuan tersebut, Azahari dan beberapa ahli JI lain telah dibunuh selepas berlakunya tembakan berbalas dan letupan.

Noordin Mohammad Top

Unnamed

Noordin Mohammad Top merupakan ahli penting dalam JI dan memegang peranan penting dalam pengeboman Bali pada tahun 2002.

Kehidupan awal dan pendidikan

Noordin telah dilahirkan di Malaysia dan merupakan penerima ijazah dalam bidang perakaunan. Dia kemudiannya telah menyertai JI dan memegang peranan sebagai penjaga kewangan dan merancang serangan.

Penglibatan dalam pengeboman Bali

Noordin merupakan perancang dan pengumpul dana terbaik untuk JI. Dia telah terlibat dalam perancangan pelbagai serangan yang menyasarkan negara-negara Barat di Asia Tenggara. Peranannya di dalam organisasi ini termasuklah mencari dana, merekrut orang dan bekerjasama dengan pakar bom seperti Dr Azahari Husin.

Kemahirannya dalam kewangan merupakan peranan yang penting bagi memastikan segala perancangan mereka berjalan dengan lancar.

Selepas pengeboman pada tahun 2002, Noordin berjaya mengelak dari ditangkap dan telah menjadi orang buruan pihak berkuasa. Dia juga terus aktif di dalam JI semasa pelariannya ini dan telah dikaitkan dengan beberapa serangan lain di Indonesia termasuklah pengeboman Hotel JW Marriot 2003, Kedutaan Australia pada tahun 2004 dan pengeboman kedua Bali pada tahun 2005.

Noordin dikenali dengan kemahirannya melarikan diri dari ditangkap serta merekrut ahli-ahli baru.

Pada 17 September 2009, Noordin telah dibunuh di dalam satu serbuan di Solo, Jawa Tengah.

Kematian Azahari dan Noordin ini menandakan pengakhiran yang besar untuk serangan-serangan pengganas di kawasan itu.

Sumber: Kompas