Sini, siapa pernah tengok siri filem seram, The Conjuring yang terkenal satu dunia? Mesti ramai dah tahu, filem tu dibuat berdasarkan kisah benar yang terjadi kepada beberapa mangsa paranormal yang disiasat oleh pasangan paranormal termasyhur dunia, Ed dan Lorraine Warren.
Tapi, yang ditunjukkan dalam movie tu cuma sikit je. Sebenarnya, ada lagi kes yang menakutkan malah, lagi seram dari filem yang dorang pernah kendalikan. Kalau nak tahu, korang boleh baca je dekat bawah ni.
1. Rumah Snedeker
Rumah lama yang berada di Southington, Connecticut ni pernah diduduki oleh keluarga Carmen Snedeker pada tahun 1986. Mereka terpaksa berpindah ke situ bagi memudahkan urusan perubatan anaknya, Philip yang dijangkiti kanser Limfoma Hodgkin.
Sedang dorang duduk dalam rumah tu, dorang terjumpa peralatan bilik mayat di ruang bawah tanah. Rupanya, rumah tersebut dulu merupakan sebuah rumah pengebumian mayat.
Sejak itu, dorang mula alami gangguan paranormal yang teruk terutamanya Philip. Dia kerap kali ternampak jelmaan syaitan dan terdengar bisikan suara yang mengugut untuk membunuhnya.
Selepas beberapa siri serangan paranormal, dorang pun hubungi pasangan penyiasat paranormal tu untuk selesaikan kes ni.
Walaupun begitu, ada sumber yang mengatakan kisah keluarga Carmen ni hanyalah rekaan semata-mata namun, ianya merupakan salah satu cerita terseram dalam sejarah Amerika.
Artikel berkaitan: Meremang! 7 Kaitan The Nun & Annabelle Yang Confirm Korang Tak Pernah Dengar
2. Enfield Poltergeist
Gambar di atas ni dipercayai merupakan ‘real life experience‘ yang berlaku kepada keluarga Peggy Hodgson pada tahun 1977. Pada ketika itu, dia sekeluarga duduk di sebuah rumah di Enfield, London.
Pada awalnya, Peggy dan anak-anaknya menghubungi pihak polis selepas ternampak perabot bergerak sendiri dan terdengar ketukan dalam dinding rumah. Bukan dorang je, orang lain seperti jiran, wartawan dan pengkaji psikik turut mengalami kejadian yang sama sewaktu berkunjung ke sana.
Apa yang membimbangkan, dua daripada anaknya, Janet dan Margaret telah diapungkan ke udara oleh kuasa ghaib. Tak tahan dengan gangguan tersebut, dorang pun hubungi Ed dan Lorraine Warren.
Setelah itu, penyiasat paranormal tu membuat kesimpulan bahawa rumah yang didiami keluarga Peggy tu dihuni oleh syaitan.
Bagi sesiapa yang tak tahu, kisah ini dijadikan sebagai filem The Conjuring kedua yang diterbitkan pada tahun 2016.
3. Patung Annabelle
Cerita pasal patung seram ni sering kali menjadi bualan orang ramai. Dipercayai, ia merupakan patung lusuh yang diberikan oleh seorang ibu kepada anaknya, Donna yang juga merupakan seorang jururawat muda.
Kejadian seram mula mengantui Donna dan rakan sebiliknya, Angie apabila patung tu dikatakan telah bertukar tempat dengan sendirinya. Selain tu, ada juga nota-nota yang bertulis, ‘help me‘ dijumpai di sekitar apartmen dorang.
Menurut seorang penantara yang dihubungi dorang, patung tersebut dirasuk oleh roh seorang budak kecil yang bernama Annabelle Higgins. Walaupun begitu, pasangan penyiasat tersebut berbeza pendapat dengan mengatakan bahawa terdapat syaitan jahat yang ‘tinggal’ dalam patung tu.
Sekarang ni, patung tersebut dikurung dalam muzium Ed dan Lorraine Warren yang terletak di kediaman dorang.
Untuk rekod, patung Annabelle dikatakan bertanggungjawab atas beberapa aktiviti paranormal yang berlangsung hampir 30 tahun.
Artikel berkaitan: “Takutnya!” – 9 Movie Paling Seram Sepanjang Zaman Menurut Rotten Tomatoes
4. Keluarga Perron
Kisah ni berlaku apabila Roger dan Carolyn Perron berpindah ke sebuah rumah ladang di Rhode Island bersama kelima-lima anak perempuan dorang. Malangnya, mereka langsung tak diberitahu tentang sejarah hitam yang pernah terjadi di rumah tersebut.
Dikatakan, beberapa pemilik rumah tersebut yang terdahulu telah mati dalam keadaan yang mengerikan. Ada yang dibunuh dan ada yang gantung diri sampai mati. Disebabkan tu, keluarga Perron percaya yang roh mereka masih lagi menghuni rumah tersebut.
Salah satu roh paling kejam, Batsheba Sherman yang merupakan ahli syaitan juga pernah tinggal dalam rumah berusia puluhan tahun tu.
Disebabkan gangguan tak henti-henti oleh Batsheba, dorang menghubungi penyiasat paranormal tersebut pada 1974 untuk menghalaunya dari rumah dorang. Akan tetapi, Roger pula yang menghalau keluar pasangan Warren apabila mendapati kerasukan yang dialami isterinya menjadi makin teruk disebabkan kehadiran dorang.
Namun begitu, keluarga Perron mula berpindah keluar dari rumah tersebut yang pada ketika itu roh-roh tersebut telah didiamkan dan aktiviti paranormal telah pun terhenti.
5. Kes Amityville
Kes yang berlaku di Amityville, Long Island ni juga melibatkan sebuah keluarga iaitu keluarga Lutz. Dikatakan, keluarga tersebut berpindah ke rumah tu pada 1975 walaupun setahun sebelum tu, terdapat pembunuhan mengerikan yang berlaku dalam kediaman tersebut.
Dipercayai, Ronald DeFeo Jr. yang pernah menetap di situ telah menembak mati enam ahli keluarganya dalam rumah tersebut.
Disebabkan tu, banyak kejadian paranormal yang berlaku kepada keluarga Lutz. Sebagai contoh, dorang terdengar bunyi hentakan kuat, ternampak entiti menyeramkan dan sebagainya. Tak tahan dengan gangguan tersebut, dorang berpindah keluar selepas hanya 28 hari menetap di rumah tu.
Akan tetapi, Ed dan Lorraine Warren tetap menyiasat rumah tersebut pada 1976 bersama beberapa krew dari sebuah stesen televisyen. Menurut Lorraine, kes ini merupakan kes yang paling banyak menghantuinya berbanding kes paranormal yang lain.
Sumber: TravelChannel