in

Menyamar Jadi ‘Datuk’, Permohonan Reman Pendakwah Bebas Terkenal Ditolak

Ustaz Husam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, tular sebuah kes di mana seorang pendakwah bebas yang dikatakan menggunakan gelaran ‘Datuk’ palsu.

Hari ini, Mahkamah Majistret Kangar menolak permohonan reman daripada polis terhadap pendakwah bebas terkenal, Ahmad Husam Muhamad Baderudin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Husam bagi membantu siasatan kes tipu dengan menyamar menggunakan gelaran Datuk yang tidak diiktiraf.


Menurut laporan Harian Metro, permohonan perintah reman terhadap ustaz yang berasal dari Kodiang, Kedah itu ditolak oleh Majistret Siti Hasliza Md Ali selepas mengambil maklum alasan yang dikemukakan oleh peguam yang mewakilinya.

142328H5Zz0Ymqz5Yq5Y2T

Difahamkan, pihaknya membantah permohonan reman daripada polis kerana tiada keperluan bagi menahan anak guam mereka untuk satu tempoh yang lama.

“Ustaz Ahmad Husam sudah bebas dengan jaminan polis namun kami sudah beri aku janji untuk beri kerjasama kepada polis sekiranya dipanggil selepas ini.

Untuk ke hadapan, kita akan berbincang dengan pihak anak guam kami untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop mengesahkan suspek dibebaskan dengan jaminan polis.

“Suspek ditahan berhubung satu laporan polis yang dibuat pada pada 2 Mei lalu apabila seorang pelanggan sebuah kedai makan di Jalan Kaki Bukit, Kangar terbaca satu hantaran yang dimuat naik oleh suspek.

Hantaran berkenaan dimuat naik sekitar jam 10 malam pada hari sebelumnya oleh suspek pada Facebooknya serta mempunyai seramai 306,000 pengikut.

Berdasarkan pada hantaran berkenaan, suspek menggunakan gelaran dan anugerah ‘Datuk’ pada profil akaun Facebook dan pada paparan poster tertera nama beliau yang menggunakan gelaran berkenaan,” katanya.

Katanya, sehubungan itu tiga kertas siasatan dibuka polis bagi menyiasat laporan berkenaan, kes disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia.

Baca: “Bawa dia ke Malaysia supaya bisa belajar agama” –  Rakan Pendakwah Indonesia Dedah Tujuan UEL Bawa Mondy

Ft Pendakwah Indonesia Jelaskan Pasal Isu Uel

Sumber: CARI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.