“Menteri takde timbalan ke?”-Syed Abdullah Jadi Tetamu Kehormat Ganti Menteri Belia Dan Sukan Untuk Event Besar Esports Malaysia?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bagi mereka yang dah biasa dengan sesuatu majlis yang melibatkan menteri mesti korang tau protokol yang terlibat.

Misalnya jika menteri tidak dapat hadir, kebiasaanya yang akan menggantikan menteri tersebut adalah timbalan menteri atau ketua setiausaha (ksu) tak pun pengarah bagi jabatan tertentu.

 

Syed Abdullah ganti Menteri Belia dan Sukan? Errr…

Tapi kes yang min nak story ni rare sikit. Sebab Syed Abdullah dijemput ke majlis pelancaran “MALAYSIA ESPORTS SELECTION FOR SEA GAMES 2019” pada 4 Mei lepas atas kapasiti sebagai abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

DAY 1 OF THE MALAYSIA ESPORTS SELECTION FOR SEA GAMES 2019 The launch was a blast! We took Day 1 off smoothly with…

Posted by Esports Malaysia on Saturday, May 4, 2019

Eh kenapa tak ada nama Syed Abdullah tapi muka ada dalam gambar? Haa pelik kan? Memetik netizen, posting tersebut sudah di edit.

Lepas min tengok dekat bahagian view edit history, rupanya posting tersebut sudah diedit 6 kali. Itu pun sebab ramai yang kecam.

Sumber : Facebook

Kalau dilihat pada senarai tetamu semua mereka mewakili organisasi masing-masing. Tapi part netizen tak boleh terima apabila Syed Abdullah turut hadir sebagai “brother of Yang Berhormat Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Minister of Youth and Sports”.

Rata-rata netizen memang mempersoalkan perkara tersebut.

 

Menteri takde timbalan ke? Fail la KBS?

Sumber : Facebook

Rasanya menteri berkaitan kena bagi statement lah kot, mungkin ada penjelasan sebenar  yang memungkinkan Syed Abdullah dijemput untuk event tu. Siapa tau kan?

Baca : Ni menteri yang nak jahanamkan artis tempatan agaknya..- Awie Bidas Tindakan Syed Saddiq Nak Bawa Kumpulan BTS Tahun Depan

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.