in

Menteri Sukan Persoal KJ Kenapa Benarkan Wayang Beroperasi Tapi Bukan Gym

Ft Faizal Azumu Persoal Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, wayang  dan sebarang acara kesenian bakal mula beroperasi mulai esok (9 September 2021) kepada mereka yang sudah memiliki vaksinasi lengkap.

Berikutan itu, Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu mempersoalkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bahawa mengapa gimnasium dan sukan padang masih belum boleh beroperasi. Persoalan itu ditanya menerusi laman Twitter miliknya baru-baru ini,


 

Tolong YB, perlu ada kebijaksanaan dalam keputusan kita.”

Dalam pada itu, Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq turut mempersoalkan tindakan sedemikian. Menurut Syed Saddiq, pertikaian itu bukanlah mahu menentang pembukaan semula sektor hiburan, namun bersimpati terhadap nasib pengusaha industri sukan, lapor malaysiakini.

Semalam, kerajaan mengumumkan pembukaan semula aktiviti hiburan kepada individu yang divaksinasi sepenuhnya di semua negeri mulai 9 September, termasuk persembahan seni, pawagam, muzium dan galeri seni.

Keputusan itu dibuat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk merangsang kegiatan ekonomi industri kreatif dan kesenian.

 

Gym lebih mempunyai risiko penularan lebih rendah – Pakar

Walaubagaimanapun, sumber kongsikan beberapa pendapat daripada pakar mengenai risiko panggung wayang dan gimnasium meskipun untuk individu yang diberi vaksin sepenuhnya.

Menurut Pakar Kesihatan, Natascha Tuznik dari UC Davis Health Amerika Syarikat,  pawagam mempunyai risiko penularan yang lebih rendah berbanding gym, ia kerana orang tidak berkomunikasi antara satu sama lain dan menghadap ke arah skrin yang sama.

Namun begitu, berbeza pula dalam carta risiko Covid-19 oleh ahli epidemiologi penyakit berjangkit Amerika, Saskia Popescu mengklasifikasikan gimnasium sebagai “sederhana tinggi’ kerana kadar pernafasan individu yang tinggi, kesukaran memakai pelitup muka, potensi perkumpulan individu dan sentuhan kepada permukaan peralatan.

Walaubagaimanapun, dia mengklasifikasikan panggung wayang sebagai risiko “tinggi” kerana ia melibatkan premis tertutup untuk jangka masa lama yang berpotensi berlaku jangkitan.

 

Baca : Kecoh! Tayangan Filem Conjuring Diberhentikan Seketika, Pengunjung Pawagam Di Indonesia Didakwa Dirasuk

Fi Srm 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.