Mungkinkah i-Malap akan bertukar menjadi i-Sinar?
Menurut sumber yang rapat dengan perbincangan antara Kementerian Kewangan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pengumuman pengeluaran i-Sinar tanpa syarat akan dibuat pada Isnin depan.
Memetik laporan dari Awani, perbincangan mengenai perkara ini masih lagi dijalankan bagi mencari cara untuk KWSP menyediakan peruntukan pengeluaran tanpa syarat.
Kementerian Kewangan nyatakan veto untuk menyokong pelaksanaan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat. KWSP sedang berbincang tentang jumlah sebenar pengeluaran i-Sinar tanpa syarat.”
Mengikut pengiraan awal, KWSP memerlukan sebanyak RM108 bilion untuk pengeluaran ini berbanding RM33 bilion jika i-Sinar bersyarat.
Sumber tersebut mengatkaan, mesyuarat KWSP kini tertumpu kepada struktur pembayaran termasuk sekiranya ia dibayar secara bersekali.
“Jika dibuat bayaran sekali, KWSP perlu menarik beberapa pelaburan di luar negara untuk menyokong proses pembayaran itu.”
Selain itu, KWSP juga sedang meneliti pelaburan yang boleh ditarik kembali bagi menjayakan i-Sinar tanpa syarat ini.
Pun begitu, setakat ini Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih belum memberikan pengesahan mengenai perkara ini lagi.