in

Menteri Kesihatan Umum Bantuan PeKa B40, Ini Manfaat Yang Korang Boleh Dapat Dari Skim Terbaharu Ni!

Collage 31 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah mengumumkan melalui Facebook peribadi beliau mengenai skim terbaharu yang ditawarkan oleh kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah.

Menerusi Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (PeKa B40), penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berusia 40 tahun ke atas boleh mendapatkan saringan kesihatan secara percuma.


PeKa B40 bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memberi fokus kepada penyakit tidak berjangkit.”

Untuk pengetahuan korang, tiada pendaftaran diperlukan untuk skim PeKa b40 ini. Sebaliknya korang hanya perlu melayari laman sesawang www.pekab40.com.my bagi menyemak kelayakan dan lokasi klinik yang berdaftar di bawah ProtectHealth Corporation Sdn Bhd. Senang je!

Manfaat PeKa B40

Screenshot 2022 02 22 101223

Dalam video yang sama, Menteri Kesihatan ini turut memberitahu manfaat yang boleh didapati oleh seseorang individu sekiranya layak mendapat PeKa B40 ini, antaranya:

  • saringan kesihatan percuma
  • bantuan alat perubatan sehingga RM20,000
  • insentif melengkapkan rawatan kanser (RM1,000)
  • insenftif tambang pengangkutan (RM1,000)

Khairy turut menyeru orang ramai untuk sebarkan mengenai PeKa B40 ini kepada ahli keluarga berusia 40 tahun ke atas serta penerima BPR bagi mendapatkan manfaat yang disediakan oleh skim ini.

 

Baca: Belanjawan 2022: Bantuan One-off Sebanyak RM2,000 Untuk Keluarga Isi Rumah Lebih 3 Anak

New Bitmap Image 758X435 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.