Seperti yang kita tahu, aplikasi oBike adalah satu-satunya aplikasi yang dihasilkan oleh orang Malaysia sendiri beberapa bulan yang lepas. Fungsi aplikasi oBike ini adalah untuk pergi ke destinasi yang ingin dituju dengan menggunakan basikal yang telah disediakan.
Tetapi terbaru tular pula kisah yang tidak diingini, di mana wujudnya orang yang tidak bertanggungjawab dengan merosakkan basikal-basikal tersebut. Menurut perkongsian di media sosial,
OBike sediakan basikal untuk kita semua bagi memudahkan pergerakan kita ke mana-mana, bukannya untuk disalah gunakan atau dirosakkan!”
Di dalam perkongsiannya itu juga, beberapa gambar turut dimuat naik sebagai bukti basikal tersebut dirosakkan oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan. Kann tak patut betul!
Daripada gambar-gambar tersebut, dapat dilihat basikal-basikal itu dalam keadaan yang amat menyedihkan. Tidak sepatutnya perkara seperti ini berlaku. Basikal-basikal itu diletakkan di merata tempat seperti di dalam semak, di dalam longkang malah ada juga di atas signboard! Siapa punya kerja lah nii!!
Keadaan basikal itu juga ada yang sudah hilang tempat duduknya dan ada juga yang sudah rosak sepenuhnya!
Perkongsian ini rata-ratanya mendapat kecaman yang sangat hebat daripada netizen. Ada juga beberapa netizen yang menyalahkan pelancong kerana mereka pernah lihat sendiri pelancong menggunakan basikal-basikal tersebut. Sure ke?
Dalam ruangan komen itu, masing-masing berbalah sesama mereka agar tidak menyalahkan orang lain, sedangkan orang negara kita sendiri yang melakukan vandalisme tersebut. Kaaan!
Antara komen-komen yang diterima adalah,
“Hmm sedihnya ada beruk-beruk ni.”
“Inilah Malaysia. Saya tak expect apa-apa yang baik terjadi di negara ni melainkan perkara buruk!”
“Saya tak terkejut dengan berita macam ni yang terjadi di Malaysia. Di Australia juga turut berlaku kes-kes macam ni, malah mereka buang basikal tu ke dalam sungai.”
Harapnya lepas ni, tak ada lah kes seperti ini berlaku lagi.. Kita sepatutnya support orang kita untuk mencuba benda baru, bukan merosakkan!
Baca: Aktivis Sosial Dedah Servis ‘Phone Sex’ Melalui Aplikasi WeChat Digunakan Remaja Semuda 13 Tahun