in

“Menitik air mata, syahdunya” – Netizen Sebak Lihat Kebahagiaan Fasha & Aidil Dalam Video Klip Perkahwinan Terbaru Mereka

Aidilfasha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas hampir 2 minggu pasangan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz mendirikan rumah tangga, sehingga kini kisah mereka masih menjadi perbualan hangat antara netizen.

Jelas sekali ramai yang suka melihat kemesraan Fasha, Aidil dan keluarga semasa majlis berlangsung. Nampak tak kekok langsung siap singsing lengan lagi membasuh periuk. Bahagianyaaa! 


 

Fasha muat naik video klip rasmi perkahwinan di kediaman suami

Bagi korang yang mengikuti perjalanan majlis Fasha, rasanya ramai yang suka gila dengan konsep ala kampung yang diadakan di kediaman Aidil Aziz dekat Rembau, Negeri Sembilan.

Berikut video yang dimuat naik Fasha di Instagram bersempena majlis di Rembau. Touching plak admin tengok. Happynya Fasha dan Aidil! 

https://www.instagram.com/p/BwESdVxl7jY/

 

“Kenapa tengok video ni tiber air mata ni jatuh… happy tengok dorang kahwin” 

Video yang dikongsikan Fasha itu ternyata menimbulkan rasa sebak dan terharu di kalangan netizen yang sangat gembira melihat perkahwinan tersebut berlangsung. Berikut antara komen yang ditinggalkan netizen.

Nangis
sumber: instagram 

 

“Memang nampak sangat Fasha Sandha happy sangat-sangat dengan perkahwinan kali ini” 

Gembira
sumber: instagram

Rasanya tak terlambat untuk admin ucapkan tahniah buat Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang baru saja melangsungkan perkahwinan mereka baru-baru ni. Semoga terus bahagia hingga ke jannah ye! Amin…

Baca: “Macam watak princess disney” – Netizen Terkesima Dengan Rekaan Baju Kahwin Rizman Ruzaini, Cantik-cantik Belaka!

Rizman Ruzaini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.