Jika anda pernah membela kucing, pasti anda perasan perangai haiwan comel ini yang suka baring dan mendedahkan bahagian perut mereka kepada kita. Ia seolah-olah meminta kita untuk mengusap di bahagian perut.
Namun apabila diusap atau dipegang, tangan kita pula dicakar dan digigit sehingga meninggalkan kesan luka. Ini menimbulkan persoalan misteri kepada pencinta kucing, apa yang si bulus mahu sebenarnya?
Berikut adalah sebab mengapa kucing akan marah atau bertindak agresif apabila perut mereka dipegang:
1. Naluri
Tindak balas kucing ketika perutnya disentuh adalah satu bentuk naluri untuk mempertahankan diri sendiri. Tindak balas ini bukan bermakna kucing anda ialah jahat, namun ia hanyalah satu naluri untuk mempertahankan diri yang ada pada dirinya.
Jadi, jika bahagian perut kucing adalah sensitif, mengapa mereka gemar berguling atau mendedahkan bahagian itu kepada manusia? Sebenarnya, kucing berbuat demikian adalah untuk meregangkan tubuh badan.
Sebagai langkah berjaga-jaga, perhatian bahagian ekornya sama ada bergoyang atau tidak. Kebiasaannya, kucing yang menggerakkan ekor adalah tanda mereka akan bertindak pada bila-bila masa.
2. Bahagian sensitif
Folikel bulu pada perut kucing sangat sensitif kepada apa jua bentuk sentuhan. Menurut sumber, fungsinya adalah untuk membantu haiwan comel ini kekal berwaspada terhadap keadaan di sekeliling mereka.
Jadi, stimulasi yang berlebihan pada bahagian perut akan membuatkan si bulus bertindak segera.
3. Tanda kepercayaan
Apabila kucing baring terlentang dan menunjukkan perutnya, kucing itu berada dalam keadaan yang selesa dan tidak berasa tidak terancam.
Perut kucing tidak semestinya perlu diusap apabila terdedah kepada kita, mungkin itu membawa maksud si bulus berasa selamat dan percaya kita tidak akan menyerang mereka.
Sumber: Meowing Tons
BACA: [VIDEO] Demi Anak Yang Sakit Mata, Oyen Datang Ke Hospital & ‘Minta Tolong’ Doktor