in

Memerang Mengganas! ‘Ceroboh’ Taman Rekreasi & Serang Wanita Di Kota Kinabalu

Syaz Ft 2024 09 11T165659.608

Nasib malang menimpa seorang wanita yang sedang tenang berjogging di sebuah taman rekreasi dekat Kota Kinabalu apabila tiba-tiba sekumpulan memerang mengganas lalu menyerangnya.

Kejadian yang berlaku di Taman Perdana, Tanjung Aru itu menyebabkan Mariasella Harun yang berusia lingkungan 30-an mengalami kecederaan di seluruh badannya dan telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan perubatan.

Dia menganggarkan ‘pergelutan’ itu berlaku selama kira-kira lima hingga sepuluh minit dan pada masa yang sama, dua pelari lain di taman tersebut datang untuk membantunya namun turut diserang.

1 10

“Tiba-tiba, saya ternampak sesuatu muncul dari longkang bersebelahan Kinabalu Golf Club.

Pada mulanya, saya fikir ia adalah kereta, tetapi makhluk itu melompat keluar dan menggigit saya semasa saya berlari dan mereka dalam kumpulan yang besar. 

Saya tidak dapat berdiri ketika ia berlaku,” katanya.

Menurut laporan Malay Mail, kumpulan memerang itu terdiri daripada enam ekor dewasa dan dua ekor anak itu sering dilihat di taman tersebut, di mana ia menjadi tempat mereka memburu ikan di tasik.

Roland Niun, pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, menyatakan bahawa walaupun penampakan memerang adalah perkara biasa di Sabah, kejadian ini merupakan serangan pertama yang direkodkan ke atas manusia.

“Kami menerima laporan mengenai kejadian itu dan dimaklumkan bahawa memerang telah masuk melalui bahagian pagar rosak yang kini telah dibaiki,” katanya.

Kumpulan memerang itu sering muncul di kawasan tersebut pada awal pagi dan lewat petang, taman itu biasanya dipenuhi pengunjung yang ingin berekreasi.

Sumber: Malay Mail

Sumber: Malay Mail