Bila sebut ‘King of The Road’ pasti kita kaitkan dengan kereta tempatan, Perodua Myvi. Mana tidaknya, kereta kompak yang sangat ikonik itu memang bermaharajalela di jalan raya.
Terkini, ada satu video yang tular di media sosial dimana Myvi telah menunda sebuah lori. Ye betul, Myvi towing lori. Kalau korang tak percaya, korang boleh tengok video @labus27 kat bawah.
@
Memang King lah!
Siapa sangka Myvi boleh tunda lori kan. Min masih tak boleh brain kemampuan luar biasa Myvi ni. Memang lain macam, betul-betul layak dapat gelaran King of The Road.
Lepas ni abang-abang towing datang naik Myvi korang jangan terkejut pulak. Bukan setakat kereta, lori pun Myvi boleh towing tau.
Kena cari balik salesman minta refund. Semuanya sebab dia tak bagi tahu kemampuan sebenar Myvi.Owner Myvi kena jaga-jaga. Bukan apa, takut member roger minta tolong towing kereta tersadai tepi jalan lepas tahu kemampuan sebenar Myvi macam dalam video kat atas ni.
Itulah, 7 tan kepala lori sahaja pun Myvi slumber boleh towing. Gelaran King of The Road tu memang layak lah diberikan khas kepada Myvi.
Korang kalau nak upgrade kereta tu boleh dah consider Myvi dalam list. Macam-macam boleh buat dengan Myvi ni tau, polis pun dah mula pakai Myvi untuk kereta peronda.
Long live the king. Semoga terus menguasi jalan raya dengan baiknya. Harap Myvi tak di salah guna untuk racing lah ye.
Baca: “Baru betul king! – [VIDEO] Perodua Myvi Bakal Jadi Kereta Peronda Polis?