in

“Melepas jualan RM90k” – Pempengaruh Kesal Diberi Layanan Buruk Di Kedai Emas, Staf Terlibat Dikenakan Tindakan

staf kedai emas beri layanan buruk prince syed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pempengaruh dan juga usahawan Prince Syed meluahkan kekecewaannya apabila dia dan isterinya menerima layanan kurang memuaskan ketika berkunjung ke sebuah kedai emas, baru-baru ini.

Terkenal kerana sering tampil di khalayak ramai dengan baju-baju vogue, namun kali ini Prince Syed dan isterinya, Fatin Syazwani cuma berpakaian biasa ketika berkunjung ke kedai emas tersebut.


Tanpa diduga, mereka menerima layanan kurang mesra serta tidak acuh daripada seorang staf kedai emas terbabit sehingga menimbulkan kekesalan Prince Syed dan isterinya.

Artikel berkaitan: “Dia bukan orang suka berhutang” – Pempengaruh Prince Syed Pertahankan Che Ta

Artikel berkaitan: “Modal RM12K” – Suami Dipuji Jahit Telekung Batu Kristal Swarovski Untuk Isteri Buat Pakai Tarawih

“Menyesal aku datang sini hari ni, padahal hari ni aku budget hampir RM90,000 untuk shopping set-set emas untuk isteri aku buat raya kali ni sebab wife berkenan nak cari design bunga-bunga pula.

“Baru tanya pasal cincin tapi layanan macam hampeh, kurang ajar. Kenapa? Kau tengok aku pakai simple macam ni kau ingat aku tak ada duit ke?” tulisnya.

Menerusi rakaman yang dikongsikan, staf berkenaan menggunakan nada suara yang kurang mesra, selain dilihat seolah-olah ‘membaling’ cincin emas yang ingin dicuba oleh isterinya.

@prince.syed.shahid

Menyesal aku datang sini harini , padahal harini aku budget hampir RM 90k untuk nk shopping set2 emas untuk isteri aku untuk raya kalini sebab wife berkenan nak cari design bunga2 pulak untuk set emas kalini , baru tanya pasal cincin tapi layanan cam hampehhhhhhh , kur4ng aj4r , aku datang nk beli emas tapi layanan yang aku dapat cam hampehhhhh kat kedai emas ni , kenapa , ko tgk aku pakai simple camni ko ingat aku x de duit ker haaaaa , staff pompuan tu mmg silap lah buat customer cam aku ni teruk camni , aku sampai stop terus buat video sebab menyampah dengan layanan yang diberikan , ko mmg silap orang lah pompuan , ko ingat aku ni sengkek x de duit ker ha ? Aku pakai simple sebab nk santai harini , ni lah dunia weiiii , ko kaya pon tapi pakaian ko simple orng x pandang , ni kan pulak kalo orng yang x berkemampuan , camne agaknya layanan yang diberikan , cehhhhhhhhhh , AKU KESAL SANGAT SANGAT dengan kedai emas ni , sumpah kesal dengan staff nya , cehhhhh Korang tgk minit ke 0.36 staff tu Siap baling jer cincin kat kami ya , how ya u boleh layan customer camni , pastu kau tinggi suara kat aku dan wife dan pandang kami cam x de duit dengan muka sinis ya

♬ original sound – Prince Syed Couture – Prince Syed Couture

Syed yang pada awalnya merakam momen-momen gembira untuk menghadiahkan isterinya barang kemas, terpaksa menghentikan rakaman kerana berang dengan layanan yang diberikan staf wanita terbabit.

Perkongsian video itu telah meraih perhatian netizen, rata-rata turut meluahkan rasa amarah dengan insiden yang menimpa pasangan pempengaruh ini selain mendesak kedai emas tersebut membuat permohonan maaf.

Diserang netizen, kedai emas mohon maaf

Dalam perkembangan terbaharu, kedai emas berkenaan tampil membuat permohonan maaf susulan insiden tersebut.

Wakil kedai emas itu memaklumkan, pihaknya telah pun mengambil tindakan terhadap staf yang terbabit.

“Kami ingin memohon maaf di atas perkhidmatan yang tidak memuaskan yang telah diberikan oleh salah seorang staf kami, yang baru-baru ini viral di TikTok.

“Staf yang terlibat telah dipindahkan ke jabatan lain sementara perkara ini dalam siasatan.

“Jika perkara ini dilaporkan pada ketika itu, kami akan dengan kadar segera selesaikan situasi yang berlaku.

“Sekali lagi kami mohon tulus ikhlas atas apa yang berlaku,” ujarnya lagi.

@haniffajewellers

♬ original sound – haniffajewellers – haniffajewellers

Sementara itu, Prince Syed turut memaklumkan pihak pengurusan kedai emas terbabit telah menghubunginya dan meminta orang ramai mendoakan urusan kedua-dua pihak berjalan lancar.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.