Beberapa hari kebelakangan ini, kita digemparkan dengan kemelut Russia dan Ukraine yang amat serius dan terbaru dikhabarkan sudah tercetusnya peperangan antara dua negara tersebut.
Seluruh dunia kini sedang berharap perkara tersebut tidak berlaku dan ramai pemimpin sedang giat melakukan yang terbaik agar keamanan sejagat dapat dikekalkan.
Lain pula ceritanya mengenai seorang pelawak kelahiran Malaysia yang menempa nama di Kota London, Nigel Ng atau lebih dikenali sebagai Uncle Roger.
Dia yang kini sedang dalam persembahan siri jelajah dunianya, menghantar sebuah tweet yang menyatakan dia perlu menambah Ukraine dalam siri jelajahnya itu.
Sudah pastinya, tweet tersebut mengundang kecaman ramai netizen yang merasakan perkara itu tidak sepatutnya dibuat bahan jenaka.
Tiada permohonan maaf
Bagaimanapun, terbaru dikatakan Uncle Roger telah memadam tweet tersebut dan dia tidak melakukan atau menghantar sebarang tweet meminta maaf atas kesilapannya itu.
Malah, dia juga menghantar sebuah tweet yang memberitahu perkara itu sebenarnya agak kelakar ‘dalam kepalanya’.
Selepas tweet tersebut, dia juga membalas tweet salah seorang peminatnya yang menasihatinya untuk tidak ‘terlepas cakap’ lagi selepas ini, bagaimanapun, dia membalas dengan berkata dia pasti akan melakukannya sekali lagi dalam podcastnya.
Hmm, why lah like this Uncle Roger?