in

Media Antarabangsa Senaraikan Jersi JDT Antara Yang Terburuk Februari 2023

Cats 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Liga Super Malaysia 2023 menyaksikan semua pasukan menampilkan rekaan jersi yang menarik. Turut tidak terkecuali, juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mengekalkan warna merah dan biru pada kit mereka.


Jersi Home JDT pada musim ini mempunyai corak ‘camouflage’ berwarna merah dan biru, yang membawa identiti bendera Johor. Terdapat juga kolar pada jersi tajaan Nike itu. Jersi JDT musim ini tampil dengan tema ‘Elevate the Game’.

Jdtfantoken

Bagaimanapun, laman web antarabangsa, Footy Headlines menyenaraikan jersi JDT sebagai antara yang terburuk dalam dunia pada bulan Februari 2023. Laman web ini turut memberi peluang kepada peminat bola sepak dari seluruh dunia untuk mengundi rekaan jersi paling buruk pada Februari.

Turut tersenarai bersama jersi JDT adalah 19 lagi jersi pasukan lain yang menjadi pilihan Footy Headlines. ANtaranya adalah jersi skuad kebangsaan wanita Filipina, Toronto FC, ST Louis City, Basel, Atletico Nacional, RB Leipzig, SC International dan juga jersi kelab ternama Jepun, Urawa Red Diamonds.

1 1

Sebelum ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berkata rekaan jersi yang cantik adlaah tidak penting dan bukan kayu pengukur kejayaan sesebuah pasukan. TMJ berkata demikian selepas ditanya dalam satu sesi temubual.

“Kami kelab bola sepak. Kami di sini bukan untuk jual baju. Kami di sini untuk berjaya dalam setiap aspek. Bermakna ada infrastruktur sukan tercanggih, teknologi dan juga kejayaan dalam padang, dalam setiap pertandingan, pencapaian dan rekod.

“Bagi saya penilaian kelab itu berjaya atau tidak, bukan setakat jual baju. Baju cantik, baju tak cantik, bagi saya belakang kira. Kalau kita tengok, 2016, 2017, 2018, kit JDT pun biasa saja.

“Tetapi itu tak penting kerana kami bukan kelab jual baju. Kami adalah kelab yang cuba berjaya dalam setiap aspek nilai komersial, infrastruktur canggih dan kejayaan dalam padang. Itu lebih penting bagi saya,” kata TMJ kepada media.

Apa pendapat anda tentang rekaan jersi JDT?

BACA: SNBJ Bakal Diselenggara Bulan Mac, TMJ Tawar Harimau Malaya Guna Stadium JDT

Capture 1

Sumber: Intraday

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.