in

“Mcm Final Destination” – Kipas Pesawat Terpelanting Tembus Tingkap Lepas Langgar Burung Di Udara

3kapal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah pesawat menghadapi detik menyeramkan apabila kipasnya terpelanting dan menembusi tingkap selepas melanggar burung di Afrika Selatan baru-baru ini.

Screenshot 2022 01 08 at 10.55.25 AM

Memetik laporan NY Post, kejadian yang melibatkan pesawat Jetstream JS-4 itu berlaku ketika pesawat itu menghampiri Venetia Mine, Afrika Selatan terjadi selepas seekor burung dipercayai telah melanggar kipas enjin sebelah kanan.


Screenshot 2022 01 08 at 10.55.08 AM

Pelanggaran itu telah menyebabkan salah satu bilah kipas pesawat terpelanting menembusi tingkap di tempat duduk penumpang. Keadaan dalam pesawat juga turut terkesan akibat pelanggaran itu dan turut merosakkan tempat duduk penumpang disebelah kanan.

Screenshot 2022 01 08 at 10.55.46 AMScreenshot 2022 01 08 at 10.56.11 AM

Walaubagaimanapun, tiada sebarang kecederaan jiwa dilaporkan selepas kejadian itu. Kesemua penumpang dan anak kapal pesawat itu berada dalam keadaan selamat.

Pihak Penerbangan Afrika Selatan sedang menjalankan siasatan mengenai kejadian aneh itu. Setakat ini, tiada sebarang keputusan yang dapat dicapai melalui hasil siasatan tersebut.

 

Baca: ‘Rapid Test’ Dedah Positif Covid-19 Masa Dalam ‘Flight’, Wanita Rela ‘Kurung Diri’ 4 Jam Dalam Tandas

Screenshot 2022 01 08 at 11.00.53 AM

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.