Sesiapa yang pergi ke pantai, pasti tahu panas dan bahang di pantai macam mana kan. Sebab itu, selain sunblock, topi pun antara aksesori penting untuk turun ke pantai.
Pelakon cantik molek, Daiyan Trisha sekali lagi menjadi buah mulut netizen. Ini terjadi selepas pelakon dan model berusia 29 tahun itu tampil dengan topi bersaiz gergasi di tepi pantai di Langkawi, Kedah. Korang boleh tengok gambar tepi pantai yang dimuatnaik sendiri oleh beliau di akaun Instagram @daiyantrisha
https://www.instagram.com/p/CjudQddPRLv/
Macam apam balik
Rata-rata netizen meninggalkan komen gurauan selepas melihat topi gergasi yang dipakai oleh Daiyan Trisha. Macam-macam idea keluar dari netizen yang sangat kreatif dan menghiburkan.
Sekali pandang memang nampak unik. Lepas tu otak kita mulalah proses macam-macam. Antaranya, topi besar tu nampak macam apam balik lah pulak.
Betul gak, nampak macam tosai pun ada. Tinggal nak cari kuah je buat cicah.
Komen yang ini buat min terhibur. Besarnya topi yang Daiyan pakai tu sebesar harapan ibu ayah kepadaku.
Rasanya kalau topi besar macam tu, bukan seorang je yang pakai. Mungkin boleh muat dua ke tiga orang lagi berteduh sekali bawah tu.
Kalau topi biasa setakat rasa nak terbang je kalau kena angin kuat. Topi besar macam ni entah lah mungkin boleh tercabut kepada sekali kan kalau kena tiup angin pantai.
Baca: “No comment” – Pergi Konsert Coldplay Berdua, Daiyan Trisha Enggan Ulas Hubungan Dengan Aedy Ashraf