in

Maybank Beri Penjelasan Isu Dakwaan Data Bocor & Dijual Sebanyak RM84,000 Di Forum Dark Web

Maybank Data Bocoreee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di laman X sejak semalam berkenaan satu dakwaan yang mengatakan database dari sebuah bank ternama, Maybank telah bocor di sebuah forum dark web.

Data yang mengandungi nama, kata laluan, alamat, nombor kad pengenalan dan pelbagai informasi peribadi lain ini katanya dijual pada nilai US$18,000 bersamaan RM84,159.


Walau bagaimanapun, hasil carian admin mendapati posting berkenaan sudah dipadam daripada laman forum berkenaan.

Pendedahan berkenaan telah menimbulkan kerisauan di kalangan netizen yang kemudian meminta pihak Maybank mengeluarkan kenyataan.

Artikel berkaitan: Maybank Alami Gangguan Perkhidmatan, Ramai Pengunjung Mall Tersekat Di Tempat Parkir

Artikel berkaitan: Tiada Lagi SMS OTP Dari Maybank Bermula 2023, Ini Sebabnya

Maybank beri penjelasan 

Susulan isu tersebut, pihak Maybank menerusi posting di X meyakinkan pengguna bahawa sistemnya kini kekal selamat dan segala maklumat pelanggan dilindungi sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, kami memandang serius mengenai isu keselamatan ini dan akan sentiasa memantau serta memastikan data kami dilindungi pada setiap masa. 

“Dengan pelbagai langkah perlindungan dari penipuan yang dilaksanakan termasuklah penggunaan Secure2U untuk mengesahkan transaksi, dan tempoh bertenang untuk transaksi berisiko tinggi, transaksi dalam talian pelanggan kami akan terus dilindungi,” katanya.

Dalam pada itu juga, pihak Maybank mengingatkan pelanggannya untuk sentiasa berwaspada dan melindungi maklumat privasi mereka.

Maybank juga mengesyorkan pelanggan untuk terus menjaga User ID, kata laluan dan maklumat peribadi dengan selamat dan berhati-hati dengan malware, mesej WhatsApp dan laman web serta panggilan yang mencurigakan.

Macam-macam cara orang gunakan untuk scam. Sebaiknya berhati-hatilah ya. 

Sumber: The Star, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.