in

Mayat Lelaki Sudah Berbau Ditemui Selepas 12 Jam, Didakwa Mangsa Kemalangan

Mayat Berbau

Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja, terutama sekali ketika kita sedang memandu di jalan raya.

Terbaru, mayat seorang lelaki yang sudah busuk ditemui dalam parit di Jalan Kampung Rahmat, Seri Gading, Johor.

Artikel berkaitan: Hilang Berhari-hari, Ibu Luluh Mayat Didakwa Anak Dijumpai Dalam Keadaan Menyedihkan

Artikel berkaitan: Misteri Bau Busuk Terungkai, Anak OKU Rupanya Dah 4 Hari ‘Tinggal’ Dengan Mayat Bapa

1 9

Menurut laporan Kosmo!, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani memberitahu, penemuan mayat itu dimaklumkan kepada pihak polis dalam pukul 10 pagi dan kejadian itu dipercayai berlaku lebih 13 jam daripada masa penemuan.

Siasatan awal mendapati, kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit di bahu jalan tersebut.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan bahagian dalaman badan menyebabkannya meninggal di tempat kejadian.

Semakan juga mangsa yang bernama Lee Wee Sheng yang beralamat di Batu Pahat,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Difahamkan, susulan penemuan itu, mayat kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Kosmo!

Sumber: Kosmo!