in

Mayat Kanak-kanak 11 Tahun Akhirnya Ditemui Selepas 3 Hari Hilang Dalam Banjir

banjir rp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa tempat di Malaysia kini sedang berhadapan dengan cuaca hujan lebat sehingga menyebabkan banjir yang agak teruk.

Antara yang paling terkesan ialah kawasan Rantau Panjang, Kelantan, sehinggakan seorang kanak-kanak 11 tahun mati lemas kerana banjir.


Artikel berkaitan: ‘Ikan Duyung’ Alami Detik Cemas Hampir Lemas Lepas Ekor Tersangkut Dalam Akuarium

Artikel berkaitan: Tidak Mahu Dibawa Arus Banjir, Isteri Tarik Mayat Suami Sendirian Sejauh 100 Meter

Dalam kejadian Ahad lalu, Siti Aisyah Mazi difahamkan bermandi-manda dengan kawannya Nur Damia Qaisara sebelum ditemui lemas, namun rakannya itu masih belum ditemui.

WhatsApp Image 2023 12 26 at 12.35.47 PM
Nur Damia (kanan) dan Siti Aisyah

Bagaimanapun, hari ini Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas Supt Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata mayat Nur Damia Qaisara Mohd Sabre berjaya ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa bersama rakannya terjatuh.

“Mayat kanak-kanak itu ditemukan oleh orang awam dan telah dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk proses bedah siasat,” katanya.

Difahamkan, mayat Nur Damia Qaisara dibawa pulang ke rumah untuk tindakan lanjut.

Sebagai info, Siti Aisyah ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam alur sungai di Kampung Banggol Petai, Ahad lalu dan kanak-kanak 11 tahun itu meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Tanah Merah.

Al-Fatihah

Sumber: Astro AWANI, Kosmo!

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.