in

Mata Jadi Merah, Optometrist Dedah Risiko Main Bungee Jumping Terutamanya Kepada Rabun Tinggi

ft optometrist dedah risiko bungee jump

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seandainya anda yang rabun meminati aktiviti-aktiviti ekstrem, diharap dapatlah kurangkan untuk melakukan aktiviti bungee jump kerana ia tidak disarakan oleh Optometrist yang dikenali sebagai Shahrizal Redwan ini.

Ini kerana menerusi perkongsiannya di TikTok, Shahrizal menyatakan mereka yang rabun terutamanya yang ada power tinggi berisiko untuk…..


 

Pendarahan ‘belakang’ mata dan pandangan kabur

Katanya lagi, tidak dinafikan ianya tidaklah berbahaya untuk orang lain, tetapi Shahrizal menyatakan bahawa terdapat satu kajian yang menyatakan majoriti 84.2% yang melakukan aktiviti ini akan mengalami keadaan mata akan merah pekat.

Menurutnya, lama kelamaan mata akan jadi elok, tetapi untuk mereka yang power tinggi, Shahrizal menjelaskan pernah berlaku satu kes dimana lapisan dalam mata terkoyak.

@shahrizalredwan

#optometrist #tiktokguru #jombelajar #learnontiktok #KekalSihat

♬ original sound – Shahrizal Redwan – Rizal Vision Treatment

Menerusi ruangan komen, Shahrizal menjelaskan bahawa biarpun ada pakai perlindungan untuk mata semasa melakukan aktiviti ini, pendarahan tetap berlaku kerana salur darah yang halus di mata kita boleh pecah akibat tekanan.

Screenshot 2022 08 02 123726

Dalam perkongsian video yang lain, Shahrizal ada kongsikan satu kes yang berlaku kepada individu yang berumur 24 tahun selepas melakukan bungee jumping ini.

Individu itu, mengalami kemerahan di mata dan penglihatan jadi semakin kabur, malah dia rasa pening, terhuyung hayang, dada rasa sempit dan sakit tengkuk. Biarpun individu itu beransur pulih lepas sebulan, mata kirinya tetap rasa kabur. Apabila membuat pemeriksaan, rupa-rupanya, ada pendarahan di belakang matanya,

@shahrizalredwan

#optometrist #tiktokguru #jombelajar #learnontiktok #KekalSihat

♬ Sad Emotional Piano – DS Productions

Mungkin itu lah sebabnya golongan rabun tinggi ini tidak digalakkan untuk melakukan bungee jumping ini bagi mengelakkan risiko pendangan yang dah kabur ini jadi semakin melarat.

Baca : “Extremenya!” – [VIDEO] Netizen Seriau Gadis Buat Bungee Jumping Tak Pakai Safety Helmet

FI TERJUN

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.