Sukan atau aktiviti lasak semakin popular bukan sahaja dalam kalangan remaja tapi turut digemari oleh orang dewasa. Dari amatur sehinggalah ke profesional, masing-masing ada cara tersendiri untuk enjoy sukan lasak ni. Ada yang join sukan ni secara berkumpulan dan ada juga suka gerak secara solo. Korang prefer yang mana?
Sukan lasak yang selalu rakyat Malaysia buat adalah hiking, water rafting, zipline, bungee jumping dan banyak lagi. Selalunya orang yang minat sukan lasak ni adalah sebab dorang nak cabar diri untuk cuba perkara baharu dan latih diri supaya jadi lebih berani. Korang setuju tak?
Selalunya sukan lasak macam ni akan menguji ketahanan fizikal dan mental seseorang. Namun, sukan lasak ada juga risikonya yang tersendiri terutama dalam aspek keselamatan. Baru-baru ni, viral kat TikTok @_eefa yang berkongsikan video tentang dirinya buat ‘bungee jumping’.
@_eefa Kalau diberi peluang korang berani tak?
Dalam video tersebut, gadis ini yang memegang tripod dilihat tengah bersedia untuk terjunan bungee sambil diperhatikan staf dan orang ramai yang merakam momen ni. Setelah membuat kiraan, gadis ini terus terjun tanpa teragak-agak. Uish, tinggi betul terjunan tu!
Menjengah ke ruangan komen TikTok gadis yang lebih dikenali sebagai Eefa ni, ada netizen yang seriau dan mempersoalkan aspek keselamatan terjunan sebab kalau dilihat dengan teliti, tiada safety helmet yang digunakan untuk protect kepala gadis ni.
“Memang saja tak pakai safety helmet ke macam mana ni?” – Komen netizen
“Back-up rope. your helmet. SOP high rope macam ni diorang ambik tau tak eh” – Komen netizen
Selain itu, ada juga netizen yang beri nasihat supaya staf mempertingkatkan aspek keselamatan terjunan disebabkan sebelum ni pernah ada kes terputus tali dekat situ. Tak kurang juga netizen yang suruh gadis ini supaya buat perkara yang lagi bermanfaat dan tak menggadaikan nyawa.
Hmm korang nak cuba tak terjunan bungee ni? Ke korang rasa lagi syok duduk rumah layan Netflix?