in

“Mata Cik B merah” – Dato’ Seri Vida Sedih Tengok Keadaan Cik B Lepas Positif Covid-19

Page Dsv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita ketahui, Cik B yang merupakan anak kepada usahawan terkenal tanah air iaitu Dato’ Seri Vida telahpun disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani self-quarantine di rumahnya.

Pun begitu, Dato’ Seri Vida berkongsikan rasa sedihnya di posting Instagram miliknya @datoserivida dengan update keadaan kesihatan Cik B yang semakin merisaukan.


Di kapsyen posting bergambarkan Cik B, Dato’ Seri Vida menjelaskan perubahan di bahagian mata Cik B yang menjadi kemerah-merahan kesan dari wabak tersebut dan juga dia mula hilang deria rasa.

https://www.instagram.com/p/CWhjpl1BO7F/

Luluh dengan keadaan Cik B, Dato Seri Vida turut memberitahu bahawa dia tidak tahu sama ada anak perempuannya itu harus meneruskan self-quarantine di rumah atau sebaiknya pindahkan ke pusat kuarantin untuk penjagaan dan rawatan yang lebih rapi.

“Terima kasih yang mendoakan Cik B” – DSV

Bukan itu sahaja, Dato’ Seri Vida juga sempat untuk berterima kasih di posting terbarunya kepada mereka yang sudi berkongsikan tunjuk ajar dan tips untuk dilakukan semasa Cik B dikuarantin di rumah. Ini kerana, dia sendiri mengatakan bahawa dirinya panik selepas dapat tahu Cik B positif Covid-19.

https://www.instagram.com/p/CWlZd3qhj4m/

“Ramai yang tak putus-putus kirim doa supaya Cik B speed recovery… Terima kasih banyok banyok yang dm saya, yang komen kat media sosial saya…” – DSV

Komen 3

Sama-sama kita doakan supaya Cik B diberikan kesembuhan semula dan dapat aktif di media sosial untuk hiburkan kita semua. Apa-apa pun, jaga kesihatan semua… Keadaan Covid-19 di negara kita masih lagi membimbangkan.

Baca: “Lapar nak popular?” – Dato’ Vida Terkilan, Kisah Peribadinya Disamakan Dengan MV Hujan Iqbal

Untitled 1 12

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.