in

Masih Belum Ditemui, Bomba Guna 2 Anjing K9 Kesan Kanak-kanak 19 Bulan Hilang

guna anjing k9 cari kanak kanak hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pencarian seorang kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan, Hud Aryan yang hilang waktu maghrib di Kampung Air Kuala 3, Tanah Merah pada Isnin, masih berlangsung.

Difahamkan, kanak-kanak itu hilang setelah selesai diberi makan oleh ibunya di rumah ketika wanita itu masuk ke dapur.


Artikel berkaitan: “Baru saja boleh berjalan & aktif” – Kanak-kanak Lelaki 19 Bulan Dikhuatiri Hilang Sejak Semalam

Bomba guna anjing K9

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah Mohd Zulkifli Osman berkata, pihaknya menggunakan dua anjing pengesan (K9) bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) Hud Aryan.

“Dua anjing itu sudah biasa digunakan untuk mengesan orang hilang dan diharapkan khidmat K9 itu nanti dapat memberi petunjuk.

“Setakat ini pencarian membabitkan radius dua kilometer (km) dari rumah keluarga mangsa namun tiada sebarang petunjuk diperoleh,” katanya.

481670355 1188372702655492 4512112538306509672 n

Menurut Mohd Zulkifli, misi pencarian setakat ini membabitkan kawasan sekitar kediaman termasuk hutan, namun lebih terarah ke parit di hadapan rumah nenek mangsa.

Beliau berkata, ia adalah berikutan ibu kanak-kanak terbabit sering membawanya ke parit berkenaan untuk bermain air namun tidak menolak kemungkinan mangsa memasuki kawasan hutan sekitar.

Jelasnya, cabaran dalam SAR ini apabila cuaca yang sesekali hujan di lokasi kejadian namun namun operasi tetap berjalan dengan baik.

Difahamkan, lokasi rumah hanya terletak kira-kira 90 meter dari kawasan sungai berdekatan. Penduduk kampung turut bersama-sama turun padang dalam mengesan kanak-kanak ini.

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.