in

“Masalah orang kaya” – Anak Ben Affleck ‘Reverse’ Lamborghini Sampai Terlanggar BMW

Collage 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk orang yang biasa-biasa macam kita ni, kalau terlanggar kereta orang memang pening kepala nak fikirkan kerosakan yang kita nak kena tampung kan? Tapi kalau orang kaya macam mana pulak?

Semalam, anak lelaki pelakon Hollywood terkenal Ben Affleck yang baru berusia 10 tahun telah terlanggar kereta BMW ketika duduk di kerusi pemandu kereta Lamborghini Urus. Adoiiii


Menerusi laporan dari New York Post, Ben Affleck dan tunangnya Jennifer Lopez telah membawa Samuel Garner-Affleck pergi ke pusat sewa kereta mewah di Los Angeles ketika kemalangan tersebut berlaku.

Dikatakan, Ben telah memberikan kebenaran kepada Samuel untuk duduk di tempat pemandu kereta Lamborghini berwarna kuning itu.

Namun malangnya, Samuel secara tak sengaja telah menukar gear kereta yang sedang diparkir itu ke posisi undur sehingga menyebabkan kereta tersebut mengundur dan terlanggar kereta BMW putih di belakang.

Kanak-kanak itu kemudiannya dilihat keluar dari kereta mewah tersebut untuk melihat kerosakan yang dibuatnya sebelum Ben turut datang untuk menenangkannya.

Bagaimanapun dilaporkan tiada kerosakan yang berlaku akibat pelanggaran kecil tersebut. Malah, salah seorang pekerja di sana mengatakan kereta di pusat sewa itu memang diparkir rapat antara satu sama lain.

Bila Samuel masuk ke dalam, kereta tersebut bergerak sedikit ke depan dan kebelakang. Tempat kami kecil dan semua kereta rapat-rapat.

“Tapi takde siapa yang cedera mahu pun ambil hati dengan insiden ini. Semua orang OK.

“Dorang pun kelihatan gembira dan meneruskan untuk melihat kereta-kereta yang lain. Ben Affleck memang sukakan kereta dan kami harap dorang datang lagi.”

Untuk pengetahuan korang, harga sewa kereta Lamborghini tersebut adalah sebanyak $1,475 sehari (RM6,488) dan berjumlah hampir $250,000 (RM1.9 juta) jika ingin dibeli. Peh…

Agak-agak kalau orang marhaen macam kita yang terlanggar ni, lepas jugak tak?

 

Baca: Bekas Pelakon Superman Dan Batman Bakal Masuk MCU, Kemunculan Pertama Dalam Doctor Strange 2?

Screenshot 2022 06 28 At 1.51.16 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.