in

MAS & Batik Air Beri Bantuan Kepada Penumpang MYAirline Yang Terjejas

Bantuan Batik Air Mas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui syarikat penerbangan MYAirline hari ini menamatkan operasi mereka dan ramai penumpang yang telah membeli tiket terjejas.

Terbaru, Malaysia Airlines Bhd (MAS) menawarkan bantuan kepada penumpang MYAirline Sdn Bhd yang terjejas akibat penggantungan penerbangan hari ini.


Artikel berkaitan: Umum Gantung Operasi Hari Ini, MYAirline Diarah Bayar Balik Tiket Penumpang

Artikel berkaitan: Penumpang Diugut Keluar Dari Penerbangan Kerana Anak Menangis Tak Nak Pakai Seatbelt, MYAirline Mohon Maaf

Syarikat induk Malaysia Airlines, Malaysia Aviation Group (MAG) mengumumkan mereka akan memperuntukkan semula penumpang dalam penerbangannya antara Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, Kuching, Langkawi dan Bangkok.

Malaysia Airlines Economy Fare Options 3

“Malaysia Airlines menjemput pengurusan MYAirline untuk bekerjasama dalam memperuntukkan semula penumpang mereka dalam penerbangan kami,” kata MAG dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Batik Air pula menawarkan tambang istimewa untuk tiket sehala bagi laluan terpilih dari Kuala Lumpur.

Tambang itu termasuklah Pulau Pinang pada RM129, Langkawi (RM159), Kuching (RM199) serta Bangkok (Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang) dan Kota Kinabalu pada RM299, sehala.

Menurut laporan New Straits Times, penumpang MYAirline yang terkesan diminta untuk melampirkan salinan tiket mereka dan membuat tempahan melalui mya@batikair.com.my.

Difahamkan, tambang istimewa itu sah untuk perjalanan sehingga 30 November dan ianya tertakluk kepada kekosongan.

“Dengan cabaran yang sedang dihadapi oleh penumpang pada masa ini, matlamat kami adalah untuk membantu penumpang supaya mereka dapat sampai ke destinasi mereka dengan mudah.

Kami di sini akan menyokong penumpang yang terjejas agar mereka boleh tiba di destinasi mereka mengikut masa yang betul,” kata pengarah strategik kumpulan Batik Air dan Lion Group Datuk Chandran Rama Muthy.

Selain itu, syarikat penerbangan Air Asia juga difahamkan akan membuat pengumuman berkenaan isu yang sama hari ini.

Sumber: New Straits Times

Sumber: LOWYAT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.