Nak bimbing isteri yang menjadi ‘saudara baru’ dalam Islam ini bukan satu perkara yang mudah, terutamanya bagi mereka yang mendirikan rumah tangga bersama.
Seperti yang kita tahu, pempengaruh Duriankimchi sering kali menjadi perhatian warganet kerana perkongsian menarik mengenai kehidupan mereka.
Artikel berkaitan : Maryam Menangis Gembira Lepas Suami Bagi Hadiah Pakej Umrah, Dah Setahun Pendam Hajat
Artikel berkaitan : “Ramai ingat tudung ni satu paksaan…” – Maryam ‘DurianKimchi’ Kongsi Kisah Berhijrah
Malah kita juga sedia maklum bahawa isteri kepada Ryzal Ibrahim iaitu Maryam merupakan wanita yang berasal dari Korea dan seorang mualaf.
Sebelum ini, Ryzal Ibrahim pernah membuat kejutan kepada Maryam dengan memberi ‘hadiah’ iaitu menunaikan ibadah umrah dan isterinya itu dilihat begitu sebak apabila mengetahuinya.
Namun apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah apabila baru-baru ini, Maryam memuat naik satu hantaran video menunjukkan dirinya sedang menyanyikan lagu nasyid yang berjudul Ashraqat Nafsi.
@uyounik Ashraqat nafsi…🤍 My first nasheed🥹
Video yang telah meraih lebih 250K jumlah perkongsian dalam masa 2 hari ini membuatkan ramai umat Islam rasa terharu dengan kesungguhan Maryam semenjak dia memeluk agama Islam. Bahkan, ramai yang memuji suaminya, Ryzal Ibrahim yang pandai membimbing Maryam untuk mendalami agama ini.
Pandai Ryzal didik Maryam – Netizen
Min pun tengok tadi pun rasa sejuk hati ni. Memang betul Ryzal pandai didik Maryam untuk mendalami agama Islam. Semoga pasangan ini bahagia hingga ke jannah.
Sumber: TikTok