Nama pasangan ‘Duriankimchi’ adalah salah satu pasangan personaliti media sosial yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana gelagat dan celoteh yang mencuit hati pasangan itu sememangnya meraih perhatian ramai.
Peminat dan pengikut pasangan tersebut pasti sudah sedia maklum bahawa Maryam kini sudah berhijab dan meminta orang ramai untuk mendoakan dirinya agar terus istiqamah.
Photoshoot minta buka tudung?
Namun, baru-baru ini Maryam telah menolak sebuah tawaran photoshoot yang didakwa meminta Maryam untuk membuka tudungnya sekali gus meminta Maryam untuk menipu peminatnya.
https://www.instagram.com/p/Co9GqQnL0m-/
Maryam turut meluahkan rasa kecewa dan mengganggap tindakan itu kurang ajar apabila sebuah jenama yang terkenal memintanya untuk melakukan perkara itu.
Dia turut menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali mendedahkan auratnya itu meskipun ditawarkan bayaran lumayan untuk kerja tersebut.
“Saya rasa macam tak percaya brand ni minta saya buat macam tu walaupun highly known brand di Malaysia tapi memiliki pemikiran rendah. DImanakah rasa hormat kamu? Anda fikir wang boleh membeli segalanya?”
“You suruh saya buka tudung sebab brand you besar? You nak bagi RM100,000 ke RM1 juta ke, tiada sebab saya kena buka tudung,” tegas Maryam.
Dalam masa yang sama, Maryam meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana menguatkan hatinya agar terus istiqamah memakai tudung serta tidak tertawan dengan godaan duniawi yang ditawarkan.
Semoga Maryam terus istiqamah…
Baca : “You annoying, bukan salah saya” – Maryam ‘Duriankimchi’ Terkilan Ada Netizen Kritik Dia Cakap BM