Tatkala musim panas, minuman yang menyegarkan pasti menjadi pilihan semua orang. Ada yang hanya minum air kosong atau air mineral, ada juga yang minum air berperisa dari dalam bungkusan atau yang dibeli di tepi jalan.
Umum sedia maklum, air mineral jenis import lebih mahal berbanding air mineral jenama tempatan. Ada satu video yang tular di media sosial dimana seorang peniaga air balang menggunakan air mineral jenama Evian sebagai salah satu bahan dalam produknya.
Kalau korang tak percaya peniaga tu guna air mineral jenama Evian, korang boleh tengok video @faizedzahar di bawah.
Masyarakat. Air balang T20 telah wujud di pasaran guys. pic.twitter.com/REz3dSAUaD
— FE (@faizedzahar) June 29, 2023
Marketing je tu
Tindakan peniaga ini yang menggunakan air mineral jenama Evian telah mengundang ramai netizen untuk memberikan pendapat masing-masing.
Ada yang berpendapat ia hanyalah salah satu usaha marketing, dan ada juga yang membandingkan rasa air mineral mewah itu dengan air mineral biasa yang ada di pasaran.
Tekak orang lain-lain. Ada yang tak kisah minum air apa pun. Ada juga yang suka minum manis-manis. Tak kurang juga yang minum air manis yang dibancuh dengan air mineral mahal.
Min masih rasa semua yang dilakukan ini adalah untuk tujuan marketing semata-mata. Kalau kita mampu, kita beli. Kalau tak mampu, mungkin kita bukan target market mereka.
Yang ini kita tak tahu. Mungkin dia guna air mahal sampai penuh balang. Tapi kalau pakai Evian sampai penuh sebalang, berapa harga dia jual secawan ye?
Min tak pernah rasa lagi air mineral mahal-mahal ni. Bagi min, air kosong sama je rasa. Cuma ada beza air minuman dengan air mineral je.
Baca: “Easy money” – Peniaga Bazar Ramadan Dirakam Guna Air Paip Tepi Jalan Untuk Berniaga