in

Marie Kondo Putus Asa, Biarkan Rumah Bersepah Demi Anak

Marie Kondo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tidak kenal dengan Marie Kondo, seorang penulis buku dan ikon kemas rumah yang sangat popular? Buat mereka yang tidak mengenali, Kondo merupakan seorang ‘professional organizer’ dengan rancangan televisyen sendiri di Netflix bertajuk Tidying Up with Marie Kondo.


Namun, pada webminar terbaharunya bersama The Washington Post, Kondo mengakui bahawa dia sudah ‘berputus asa’ dan tidak lagi memastikan rumahnya kemas sepanjang masa. Menurut Kondo lagi, perkara yang paling penting dalam hidupnya sekarang ialah anak-anaknya.

“Benar, rumah saya bersepah. Namun, pada fasa kehidupan saya sekarang, saya lebih gemar menghabiskan masa dengan anak-anak.”

Marie Kondo merupakan penulis buku popular The Life-Changing Magic of Tidying Up dan juga pelopor kaedah KonMari.

Melalui kaedah ini, Kondo menggalakkan kita untuk mengemas mengikut kategori dan bukannya lokasi. Pada masa yang sama, Kondo mengajak orang ramai untuk menyimpan barang-barang yang boleh membuatkan kita rasa gembira (spark joy). Jika tidak, mungkin sudah sampai masa untuk anda buang barang tersebut!

Marie Kondo

Kondo mempunyai 3 anak bersama suaminya, Takumi Kawahara. Katanya lagi, dia merupakan seorang ‘professional tidier’. Jadi, dia sanggup lakukan apa sahaja untuk pastikan rumah sentiasa bersih dan berkilat!

“Namun, sejak kehadiran anak-anak di rumah, saya mula sedar apa yang benar-benar penting dalam kehidupan saya. Buat masa sekarang, saya ingin meluangkan masa bersama anak di rumah.”

Berita mengenai Marie Kondo yang ‘berputus asa’ mengemas rumah mendapat pelbagai reaksi dari warganet. Ramai yang rasa geli hati dengan ‘kegagalan’ ikon mengemas ini.

Walau bagaimanapun, ramai yang memuji Kondo dan berterima kasih atas segala tip yang pernah dikongsikannya selama ini. Apa yang penting, Kondo kekal gembira walaupun rumahnya tidak sekemas dahulu.

Namun, ayat Kondo yang paling popular iaitu “Does this spark joy? If it does, keep it. If not, dispose of it” akan sentiasa mekar di hati peminatnya

BACA: I tak nak masak, kemas rumah – Wanita Sanggup Bayar Lelaki Untuk Kahwin Kontrak Dikecam Netizen

Marie Kondo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.