Penyanyi dangdut Ifa Raziah yang kini sedang mengikuti pertandingan program realiti Terpaling Juara terbitan TV3 telah mendapat kritikan dari netizen.
Ifa yang membawakan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah pada malam Ahad lalu turut dikritik Datuk Hattan yang mengatakan nyanyiannya tidak meyakinkan.
Namun begitu, ketika sidang media program tersebut Ifa mengatakan perkara tersebut berlaku ekoran dia telah terpijak kainnya sendiri semasa membuat persembahan malah ketika sesi latihan dia telah mendapat pujian dan tak mempunyai masalah lain.
https://www.tiktok.com/@fzlyusof/video/7139746797706038555?_r=1&_t=8VQi675SHi6&is_from_webapp=v1&item_id=7139746797706038555
Tak boleh kena kritik?
Pun begitu, sejak program ini, ramai netizen dan penonton juga turut merasakan bahawa penyanyi sensasi ini tak boleh menerima kritikan orang mengenai persembahannya.
Selain dikatakan menjawab selepas menerima kritikan dari juri profesional seperti Datuk Hattan, sebelum ini pula, ketika persembahannya menyanyikan lagu Di Pintu Syurga, Ifa Raziah turut sound seorang guru vokal Shaffiq Erwin yang telah memberikan reaksi mengenai suaranya itu.
https://www.instagram.com/p/Ch9lPkVrm3N/
Menerusi video temubual tular dengan wartawan, Ifa Raziah mengatakan dia telah menjawab komen Datuk Hattan mengenai nyanyiannya itu kerana dia perlu mempertahankan dirinya sendiri.
Aku memang kaki menjawab. Aku kena defend diri aku. Aku cakap benda betul bukan aku propa. Takkan orang mengata aku tak defend diri aku.”
Selain itu, Ifa turut memberikan komen mengenai video guru vokal tersebut dan mengatakan bukan dia tak boleh menerima kritikan tapi dia tak kenal dengan individu itu.
Bukan tak boleh terima, boleh. Cuma aku tak kenal dia tu siapa. Tak kisahlah kau nak buat konten. Kalau betul aku sumbang, itu normal. Eh Mariah Carey pun sumbanglah!
Shaffiq nak komen aku sumbang mambang. Memanglah ada sumbang sikit sana sikit sini. Saya mengakui. Tapi yang aku marah bila dia kata aku tipu dia nangis. Kau tunggu besok aku nak serang dia. Kau tunggu Shaffiq eh!”
Ifa Raziah ni dah boleh diam kot. Ziana Zain umur 50 elok je nyanyi. Setakat technical issue tu faham lah tapi ni memang tak sedap 🙃 pic.twitter.com/mcZXF4Ef7y
— Naim Azhar (@naimazharrrr) September 5, 2022
Ifa masuk rancangan ni suka-suka je kot. Lepas gian menyanyi dekat stage besarkan…
Baca: “Tergolek-goleklah di akhirat nanti” – Ustaz Ahmad Dusuki Beri Teguran ‘Tajam’ Buat Ifa Raziah